Monday, December 31, 2012

Simple Speed Server Teuton



Guide ini adalah sebahagian dari Teuton Guide




Hari pertama:

Bangunan Utama lvl 2: 90 50 75 25 --14:30

Titik Perhimpunan: 110 160 90 70 --10:40

Bangunan Utama lvl 3: 115 65 100 35 --17:50

Berek: 210 140 260 120 --10:20

Clubswinger (2 unit): 190 150 80 80 --10:00

Jumlah: 715 565 605 330 Waktu diperlukan adalah 63:20 minit




Rompak! Rompak! Rompak! dan buat clubswinger sebanyak mungkin.

tinggalkan gaul, raid teuton dan rom sahaja.

setelah itu, bina gudang, jelapang dan pasar.




Hari kedua:

Kayu > lvl 3

Tanah Liat lvl 2

Besi lvl 1

Tanaman secukupnya

Bangunan Utama lvl 10

Berek lvl 3

Akademi lvl 10 (selidik SCOUT sahaja!)

Dewan Perbandaran lvl 1 (Terus Buat Perayaan)

Residen lvl 10

Clubswinger 100-125 unit




INGAT!! jangan buat bangunan lain!! (pemain selalu membuat kedutaan)

sekali lagi. JANGAN BUAT BANGUNAN LAIN!!

Jangan lupa Rompak! Rompak! Rompak!

Jangan biarkan Clubswingers anda berada di dalam kampung!




Hari ketiga:

Settlers 3 unit

Berek lvl 5

Clubswinger 150-200 unit

Scout 20 unit

Dewan Perbandaran (berkemungkinan perayaan kedua)




Pemilihan Kampung Kedua:

untuk travian version 3.5:

dinasihatkan untuk memilih kampung dengan kombinasi 3-5-4-6 atau 4-4-3-7

alasan memilih kampung yang mempunyai lebih tanah liat kerana keperluan tanah liat yang banyak pada awal permainan, seperti untuk membangunkan kayu, tanaman, askar berkuda, tarbil, DLL.




Risiko tidak memilih 15C / 9C untuk kampung kedua:

Sudah jelas risikonya, pemain lain terlebih dahulu mengambilnya.

tapi kembali lagi pada diri masing-masing, sudahkah anda menguasai 14x14 di wilayah anda?

jika sudah, hampir mustahil ada pemain lain yang boleh mengambil 15c di wilayah anda.

Jika anda yakin dengan diri anda, cuba menulis koordinat 15c / 9c tempahan di profile anda.




jika sudah tahu akan risiko itu, cepat2lah membuat tarbil di kampung kedua, jika pemain lain merebut 15C anda, serang (bersama tarbil) sampai pop 0 ke kampung 15C, dan raid kampung utamanya.




Hari keempat:

Kampung pertama

upgrade semua sumber ke level 4,

bina 1 penebang kayu sampai lvl 10

bina 1 tanah liat sampai lvl 10

bina 1 penambang besi sampai lvl 10 (tidak disarankan kerana besi sering berlebihan dari hasil rompakan)




pindahkan sumber yang secukupnya ke kampung kedua untuk mempercepatkan pembangunan




Kampung Kedua

Titik Perhimpunan lvl 1

Pasar lvl 1

Bangunan Utama lvl 10

Akademi lvl 10

Dewan Perbandaran (perayaan)

Residen lvl 10

Gudang lvl 8

Jelapang lvl 8

Settlers 3 unit

Ladang lvl 2




Hari kelima:

berkemungkinan anda sudah mempunyai mata budaya yang cukup untuk kampung ketiga.

anda di bebaskan untuk memilih kampung ketiga

Tuesday, December 18, 2012

T4 Wira dan Pengembaraan



Soalan Lazim tentang Wira dan Pengembaraan (Dari Forum Travian)









Mengapa tidak ada Pengembaraan lagi dalam senarai saya?

Pegembaraan hanya muncul secara separa-rawak sepanjang hari di semua pelayan T4 dan pengembaraan yang muncul itu adalah khusus untuk anda sahaja. Jumlah Pengembaraan yang di terima bergantung kepada berapa lama tempoh akaun anda telah aktif.

Selepas mendaftar anda akan menerima 3 Pengembaraan,

berikut adalah jumlah pengembaraan yang akan diterima seterusnya : (kurungan untuk pelayan speed)

Hari 1 - 3: 3 Pengembaraan setiap hari (3 Pengembaraan setiap 8 jam)

Hari 4 - 7: 2 Pengembaraan setiap hari (2 Pengembaraan setiap 8 jam)

Hari 8-21: 1,2 Pengembaraan setiap hari (1,2 Pengembaraan setiap 8 jam)

Hari 22 - akhir pelayan: 0,6 Pengembaraan setiap hari (0,6 Pengembaraan setiap 8 jam)


Kenapa tiada ganjaran selepas Pengembaraan saya?

Selepas 10 Pengembaraan pertama, ganjaran untuk pengembaraan seterusnya adalah rawak sepenuhnya. Anda mungkin akan menerima 10 helmet secara berturut-turut dan mungkin juga tidak menerima apa-apa ganjaran.

Ini bukanlah kesilapan permainan, tetapi adalah untuk menambah risiko kepada sistem pengembaraan.

Apa yang akan saya dapat di 10 pengembaraan pertama saya?
dalam 10 pengembaraan pertama anda pasti akan menerima:

1x Tiada

1x Kuda

2x Sumber

2x Perak

1x Askar (3 unit)

1x Sejumlah sangkar

1x Buku kebijaksanaan

1x Sejumlah krim ubat


Mengapa Wira saya tenat atau menerima banyak kecederaan?

Faktor utama yang menentukan berapa banyak kecederaan yang diterima Wira dalam pengembaraan adalah kekuatan berperang mereka, Semakin tinggi kekuatan berperang semakin sedikit kecederaan yang diterima semasa pengembaraan. Dan semakin lama pengembaraan, ia akan menjadi semakin sukar. oleh itu anda perlu meningkatkan kekuatan berperang wira anda. Ia dapat dilakukan dengan menambah mata Kekuatan berperang wira anda ataupun melengkapkan mereka dengan peralatan yang dapat menambah kekuatan Wira.

Apakah perbezaan antara Pengembaraan Sukar & Biasa?

Terdapat 2 perbezaan utama antara pengembaraan Sukar dan Biasa. Pertama, pengembaraan Sukar akan memberikan anda 2 kali mata pengalaman. Dan kedua, kecederaan yang dialami wira juga jauh lebih tinggi dari pengembaraan Biasa.

Bukankah perlu membina Rumah Agam Wira untuk melatih Wira?

Tidak, di Travian 4 tujuan utama Rumah Agam Wira adalah untuk membolehkan anda menawan oasis,

Ia tidak diperlukan lagi untuk melatih Wira.

Adakah Oasis berubah di T4?

Di Travian 4, oasis kini boleh menyimpan sehingga 4000 sumber daya berbanding 1600 dahulu. Di peta juga terdapat Zon Kelabu yang mempunyai Oasis yang akan memberikan 50% Kayu,Tanah liat,besi dan tanaman. Anda masih memerlukan Rumah Agam Wira tahap 10, 15 dan tahap 20 untuk menawan oasis.

Adakah tahap Wira meningkat dengan cepat berbanding sebelum ini?

Di Travian 4 jumlah pengalaman yang diperlukan untuk tahap Wira meningkat telah dikurangkan. Oleh kerana penambahan sistem Pengembaraan yang juga memberikan mata pengalaman, tahap Wira anda akan meningkat lebih cepat berbanding versi sebelumnya.

Apakah perbezaan Wira antara Puak-puak?

Terdapat dua faktor utama yang membuat Wira setiap puak berbeza antara satu-sama lain. Yang paling utama adalah senjata mereka, ada lima senjata unik untuk setiap puak dan hanya Wira puak tersebut dapat memakainya. Perbezaan kedua adalah kelebihan unik Wira itu. Berikut adalah kelebihan Wira untuk setiap Puak :

Wira Rom: Kekuatan berperang meningkat sebanyak 100 untuk setiap mata, bukan 80!

Wira Teuton: 20% bonus rampasan diberikan apabila Wira menyertai serbuan.

Wira Gaul: Apabila menunggang kuda akan memberikan +5 kelajuan (+10 pada Speed).


Berapa lama tempoh menghidupkan semula Wira?

Jumlah masa yang diperlukan untuk menghidupkan kembali Wira adalah (tahap wira + 1) jam dan maksimum hingga 24 jam (12 jam untuk speed). Cth; Wira tahap 1 memerlukan 2 Jam tempoh menghidupkan semula.

Bolehkah peralatan Wira saya dicuri / hilang / dirompak / diberikan?
Peralatan dan barangan Wira tidak mungkin hilang atau dicuri dalam keadaan apapun. Namun anda boleh menjual peralatan anda di lelong dan siapa pun boleh membeli barangan anda.(termasuk musuh)


Bilakah barangan berkualiti akan muncul?

Level 1 - Hari 1 hingga 75

Level 2 - Hari 75-165

Level 3 - 165 Hari seterusnya

Berapa penyelengaraan Tanaman untuk Wira?
Semua Wira menggunakan 6 tanaman per jam untuk penyelengaraan.


Serangan tiba tetapi Wira saya tidak mempertahankannya, mengapa?
Dalam situasi ini, anda perlu memastikan yang anda tidak menanda "tidak mahu wira mempertahankan kampung yang didudukinya' di halaman Wira anda. Jika bahagian ini bertanda, Wira anda tidak akan mempertahankan serangan dan tidak akan mendapat mata pengalaman.



Thursday, December 13, 2012

Cara Memilih Ibu Kota

Ibu kota adalah kampung yang paling penting dalam permainan ini dan anda perlu berfikir sewaktu mula permainan. Pertama dan utama, ini yang anda perlukan untuk ibu kota yang baik:-

Kampung Dengan 15 Ladang. Peringatan - anda tidak diwajibkan bermain dengan kampung ini. Anda juga masih boleh memilih kampung dengan sembilan atau enam ladang yang saya panggil "Ibu Kota Noob". Kampung ini amat sesuai untuk menempatkan askar-askar anda atau saya panggil taktik kubu.

Oasis Bonus Makanan. Jika anda tidak suka dengan taktik di atas anda boleh mencuba cara ini. Strateginya sama sahaja tetapi anda boleh memfokuskan pada oasis supaya tidak diserang oleh pemain lain.

Masa anda mendaftar permainan ini dikira juga. Jika anda mendaftar lambat maka peluang anda untuk mendapat tempat yang sesuai.

Jika anda terlambat, tunggu untuk server "direstart" atau bermain di server lain.

Thursday, December 06, 2012

Kampung Tidak Strategik

Bagi mereka yang berada pada kedudukan yang tidak strategik, berikut adalah antara cara anda boleh membina kampung yang lebih baik.


1. Untuk permulaan, fokus pada pembinaan sumber2 dan gua sahaja. Sekurang kurangnya 3-4 gua bagi Gaul dan 6-7 gua bagi Rom dan Teuton. Abaikan dahulu pembinaan2 lain.

2. Sebaik sahaja sumber sudah memadai dan gua telah cukup, bina residen @ istana dan latih peneroka.

3. Buka kampung baru di kawasan yang tiada pemain lain tetapi berdekatan dengan pemain2 yang baru membuka akaun. Sebaik baiknya ambil kampung 15c atau 9c. Tumpukan pada latihan askar serangan, ini kerana terdapat banyak pemain yang baru membuka akaun yang tersedia untuk diserang anda.

4. Kemudian, mulakan pembangunan di kampung pertama. Produksi sumber yang telah sedia tinggi akan menjadikan pembangunan kampung pertama anda pesat. Hantarkan sebilangan sumber kampung pertama ke kampung kedua bagi mempercepatkan pembangunan dan latihan askar. Kampung pertama diutamakan untuk menjadi kampung penghantar sumber dan pelatih askar pertahanan.

5. Apabila kampung kedua telah stabil, buka kampung ketiga secepat mungkin juga dengan bantuan sumber dari kampung pertama. Dan begitulah seterusnya.

p/s sebagai peringatan, menyertai mana mana persekutuan adalah SANGAT penting