Tuesday, April 09, 2013

Travian 4.2

Pasukan pembangunan Travian telah berusaha 110% beberapa bulan ini bagi menjadikan Travian sebuah permainan yang lebih baik bagi komuniti Travian. Terdapat pelbagai ciri-ciri baru yang akan meningkatkan permainan Travian, dan sebagai tambahan, antara-muka pengguna yang baru akan memudahkan anda bermain. Adakah anda bosan terdapat pemain yang memindahkan sumber, penipuan perak, bot atau mesej spam, dan mahu permainan yang adil? Terdapat juga perubahan dibuat bagi menghentikan pelanggaran peraturan tersebut. Di bawah ini kami senaraikan ciri-ciri baru, setiap satu diterangkan sebaik boleh bagi memudahkan anda mengenali T4.2 dengan lebih baik! 

Facelift (antara-muka Travian yang lebih baik)
Tutorial (Baru bermula? Jangan risau, kini adalah lebih mudah mempelajari permainan Travian dan 
menjadi Pro) 
Tugasan (Lebih mudah, lebih menarik!)
Senarai Serbuan (Mampu menjadikan anda ketagih membuat serbuan) 
Natar yang dipertingkatkan (Mereka kini farm yang lebih baik!)
Perlindungan Pemindahan Sumber (Tiada lagi pemindahan sumber haram!)
Jadual Pelepasan diperbaiki (Sedikit perubahan bagi waktu pelepasan barangan) 



Facelift
Travian nampak lebih baik! Antara-muka baru Travian 4.2 ini bukan sahaja nampak hebat, tetapi ia juga banyak membantu memudahkan permainan. Di bawah adalah imej dari T4 dan T4.2 bagi memudahkan anda membuat bandingan. 

T4: Adakah anda suka antara-muka Travian lama? 


T4.2: Sekarang, anda akan lebih suka dengan antara-muka Travian baru! 


Semua maklumat yang diperlukan anda berkaitan ciri-ciri antara-muka baru Travian 4.2. 


Maklumat baru yang dipaparkan pada skrin atas: 

1. Petunjuk bagi penggunaan bonus sumber (+25% bonus lebih mudah dicapai) 
2. Rumusan tentang produksi/bonus/penggunaan/+bonus cth: tanaman boleh dilihat di sini (Kawalan 
sumber lebih mudah dibuat terutamanya jika akaun telah membesar) 
Maklumat lengkap (akan datang):

3. Fungsi pentadbiran pada menu lain dengan gaya biasa (cth: tetapan akaun) 
4. Shortcut-menu bagi bangunan/fungsi yang biasa digunakan. 



Kami juga membuat perubahan pada sebelah kiri skrin anda. 

1. Status wira (i.e pengalaman wira) 
2. Menu boleh sorok
3. Status persekutuan dan akses ke antara-muka pengguna utama. 
4. Kotak maklumat yang akan memaparkan maklumat dari pentadbiran (i.e pemberitahuan 
penyelenggaraan pelayan) 


Perubahan pada sebelah kanan skrin anda.

1. Rumusan kampung dengan butang shortcut. 
2. Paparan lebih baik bagi Tugasan (lebih mudah melihat tugasan yang ada) 



Kini adalah lebih mudah untuk anda terus ke PLUS, baca kelebihan yang boleh didapati dengan emas , atau membuat pembelian dengan beberapa klik sahaja.

1. Jika anda tidak memiliki emas yang mencukupi, klik pada barangan akan membawa anda ke bahagian 
pembelian dengan lebih cepat, tanpa menganggu permainan.

2. Dengan satu klik, anda boleh dapatkan maklumat berkaitan Travian PLUS tanpa menggangu halaman 
permainan anda. 








Tutorial
Tutorial diberikan dengan langkah yang lebih kecil dan kini ia lebih mudah difahami dan disiapkan. 



Tugasan
Semua tugasan kini disertakan dengan gambar yang akan membantu pemain baru mempelajari permainan dan memahami dunia Travian dengan lebih cepat. 



Senarai serbuan
Had sebanyak 100 sasaran bagi setiap senarai kini diaktifkan. Pemain juga kini boleh mencipta sehingga 100 senarai bagi setiap akaun. 



AI Natar dipertingkatkan
Natar semakin bijak, tetapi ia juga merupakan farm yang baik. Produksi sumber di kampung Natar dijadikan lebih realistik dan berdasarkan pada saiz kampung, yang akan menjadikannya sasaran baik untuk diserbu. 


Perlindungan pemindahan sumber
Sistem perlindungan pemindahan sumber telah dipertingkatkan bagi mengelakkan berlakunya pemindahan sumber haram.


Jadual Pelepasan diperbaharui

Barangan hebat/penting tidak akan dilepaskan pada awal permainan. Ini bagi mengelakkan kelebihan utama digunakan di awal permainan yang mana kebanyakan pemain masih lagi kecil.