Sunday, July 07, 2013

Penggunaan askar-askar


Semua askar mempunyai nilai-nilai serangan dan pertahanan tersendiri. Mereka juga mempunyai kemampuan yang berbeza, dan cara penggunaan terbaik yang tersendiri.


Pertahanan

Sebilangan askar (Askar Legion, Pengawal Pertahanan - Askar Rom; Askar Lembing, Paladin - Askar Teuton; Falanks dan Panglima Druid - Askar Gaul) merupakan askar yang kuat dalam pertahanan. Mereka merupakan pertahanan terbaik bagi puak masing-masing. Ada pertahanan yang bagus terhadap infantri, ada pertahanan yang bagus terhadap askar berkuda. Gabungan kedua-duanya adalah yang terbaik.

Apabila diserang, semua askar yang berada di kampung tersebut akan membantu mempertahankan kampung dari diserang. Anda boleh membantu kampung lain (kampung anda atau ahli persekutuan anda) dengan menghantar askar sebagai bantuan di kampung mereka dan memastikan ia sampai sejurus sebelum askar serangan tiba. Mengumpulkan pertahanan terhadap serangan besar adalah cara terbaik untuk menyekat serangan tersebut, dengan kerugian pertahanan yang kurang.

Perisai unit boleh dipertingkatkan di Bengkel fabrikasi pada kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kebolehan bertahan mereka.


Penyerang

Sebilangan askar (Askar Empayar, Kesatria Empayar, Kesatria Jeneral - Askar Rom; Askar Belantan, Askar Kapak, Kesatria Teutonik - Askar Teuton; Askar Pedang, Panglima Halilintardan Haeduan - Askar Gaul) memiliki kekuatan serangan yang baik. Mereka cenderung kepada membuat kerosakan yang tinggi semasa menyerang, dibandingkan jika mereka diletakkan sebagai pertahanan semasa peperangan.

Senjata unit boleh diperbaik di Bengkel fabrikasi di kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kekuatan menyerang mereka.

Serangan terbahagi kepada 2 tujuan berbeza:
-Serbuan

Serbuan biasanya digunakan untuk merompak sumber pihak musuh. Penyerang membuat serangan pantas dan pergi sambil membawa sumber yang berjaya dirompak.

Rompakan juga boleh digunakan bagi tujuan memberi sedikit kerosakan kepada pertahanan musuh tanpa melibatkan kematian banyak/semua askar.

Unit penyerbu terbaik:
Gaul - Panglima Halilintar, kerana kelajuan mereka
Teuton - Paladin, kerana kapisiti tinggi yang boleh dibawa mereka
Rom - Kesatria Empayar, kerana kapisiti tinggi yang boleh dibawa mereka

Askar Belantan sering dilihat sebagai perompak terbaik kerana kos latihan yang murah yang membolehkan mereka membayar balik kos latihan dengan cepat. Digabungkan dengan kekuatan serangan mereka, mereka juga bagus untuk membunuh askar pertahanan selain merompak.

Meskipun Paladin bukan unit serangan, keupayaan mereka untuk merampas sumber-sumber setanding dengan kelajuan Panglima Halilintar, dan sebagai askar berkuda, ia boleh digunakan di peringkat awal permainan bagi membunuh Askar Belantan yang lemah terhadap askar berkuda.


-Serangan normal

Serangan Normal (bukan Serbuan) juga boleh digunakan untuk merampas sumber-sumber, tetapi jika terdapat pertahanan di dalam kampung tersebut, kerugian besar pada kedua-dua belah pihak boleh dijangkakan.

Serangan normal
adalah pertempuran sehingga satu pihak kalah (salah satu pihak mati semua askar).
boleh membebaskan askar sahabat yang terperangkap (sekurang-kurangnya 1 unit hidup)
boleh memusnahkan tembok dan/atau bangunan (dengan kereta pelantak dan/atau tarbil)
boleh menurunkan kesetiaan kampung dan menawannya (dengan menggunakan pentadbir)

Tembok memberi bonus pertahanan yang baik. Menggunakan kereta pelantak untuk menyerang boleh merosakkan tembok dan merendahkan kekuatan pertahanan semasa serangan dan seterusnya meningkat peluang kejayaan kepada penyerang. Lebih banyak kereta pelantak, lebih cepat tembok dimusnahkan.

-Pengintipan

Pengintip (Rom: Kesatria diplomatik, Teuton: Peninjau, Gaul: Penjelajah) boleh digunakan untuk mengintip musuh serta mempertahankan kampung dari pengintipan.

Pengintip dihantar untuk meninjau kampung musuh dan cuba untuk mendapat informasi tentang:
Unit pertahanan dan sumber
Unit pertahanan dan bangunan pertahanan (tahap tembok dan residen/istana)

Jika kampung yang hendak diserang mempunyai pengintip di dalam kampung, sebilangan/semua pengintip penyerang akan mati dan kampung pertahanan akan tahu yang kampungnya cuba ditinjau. Sekurang-kurangnya satu pengintip perlu berjaya pulang untuk membolehkan penyerang mendapat maklumat tentang kampung yang diintip.

Untuk mengesan pengintipan di kampung anda, adalah dinasihatkan mempunyai sekurang-kurangnya (5-30) pengintip di setiap kampung. Anda juga digalakkan untuk meletakkan lebih pengintip di sesetengah tempat (i.e ibu kota, kampung askar serangan). Anda pasti tidak mahu musuh mendapat maklumat askar/pertahanan anda di dalam kampung.

Friday, May 31, 2013

Membuka kampung Zon Kelabu





__________________________________________________

Membuka kampung Zon Kelabu
__________________________________________________


Tidak semua pemain dapat membuka kampung di kawasan Zon Kelabu @ Natar. Hanya mereka yang benar-benar berani dan cukup bersedia sahaja dapat membuka dikawasan ini. Mereka ini akan melalui Ujian dan serangan getir dari pemilik Kawasan itu dan sekiranya berjaya, Mereka akan dibenarkan untuk tinggal disitu.


Persediaan Sebelum Mengasaskan kampung :

Terdapat banyak bangunan yang perlu dibina bagi menghadapi serangan Puak Natar. Bersedialah sumber yang banyak untuk dihantar ke kampung Baru anda.
Memiliki Pasar tahap tinggi mungkin dapat membantu anda. Lebih banyak sumber yang boleh dipindahkan adalah lebih baik.
Anda mungkin boleh meminta rakan persekutuan untuk menghantar bantuan sumber ke kampung anda setelah ianya diasaskan.
Memiliki Emas adalah satu kelebihan. Di dalam Travian 4, Emas amat mudah diperolehi. Anda boleh menjual barang yang dapati semasa pengembaraan. Setelah berjaya dijual, anda boleh menukarkan Perak kepada Emas.


Mengasaskan Kampung :

Setelah lokasi yang sesuai dikenal pasti, anda boleh mula menghantar Peneroka di Zon Kelabu untuk mengasaskan kampung baru. Sistem akan memberi Amaran tentang akibat sekiranya anda membuka kampung di situ, tetapi sekiranya anda cukup berani dan telah bersedia, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sebaik sahaja Peneroka anda mengasaskan kampung, Puak Natar akan mula menyerang kampung anda, dan serangan tersebut akan tiba dalam tempoh 24 Jam. Tidak kira di mana lokasi anda membuka kampung(Zon Kelabu) serangan Natar tetap akan tiba dalam tempoh 24 Jam.

Puak Natar akan melancarkan 14 Serangan ketas kampung anda. Dan setiap serangan diiringi Tarbil yang akan menyerang 2 bangunan serentak, Jadi mereka akan membuat 28 Sasaran Tarbil.

Butiran Serangan Puak Natar :



Misi anda untuk terus hidup di sana adalah untuk mempertahankan kampung supaya populasi penduduk tidak menjadi 0 akibat serangan Tarbil Mereka. Meletakkan askar pertahanan yang banyak bukanlah satu pilihan yang bijak disebabkan statistik kekuatan mereka telah ditingkatkan. Dan pastinya kampung anda yang masih baru itu sukar untuk menampung makanan askar Pertahanan yang banyak bagi menghadapi 14 Serangan Mereka. Dan serangan itu pula dalam tempoh 24 Jam!!.

Puak Natar akan membuat 28 Sasaran Tarbil, ini bermakna anda perlu membina sekurang-kurangnya 30 bangunan dalam tempoh 24jam untuk selamat dari serangan mereka.

Senarai bangunan yang di cadangkan :


Pasar
Gudang
Jelapang
berek
bangunan utama
Akademi
bengkel Fabrikasi
Kedutaan
Rumah Agam Wira
Residen (atau Istana)
Gua Tahap-10
8x Gua Tahap 1
18x Lapangan Sumber tahap 1
Kebanyakan mereka yang terselamat daripada serangan Natar adalah pengguna Emas, Anda memerlukan sekurang-kurangnya 40 Emas untuk menyiapkan bangunan dengan lebih cepat menggunakan Fungsi "siap Serta-Merta". Tetapi ianya tidak mustahil tanpa Emas sekiranya anda mempunyai sumber yang mencukupi dan anda mampu untuk sentiasa membina dalam tempoh 24 jam tersebut.




TAPI!! ada cara lain bagi mereka yang tidak mempunyai emas yang banyak atau cara lebih jimat yang selalu fazmys gunakan.


1. Pilih kampung yang memiliki oasis tinggi ... contohnya 15c dengan oasis 150%
2. Usahakan jarak pedagang kurang dari 10 jam ke kampung grey zone.pergi berperingkat
3. Asas je kampung tu, terus bangunkan gua hingga level 10 sebijik, kemudian bangunkan semua sumber, titik perhimpunan, dan gua masing2 level 1
4.Jangan lupa gudang dan jelapang level 1 agar tidak membazir sumber semasa sampai sumber dr kampung lama ... (jika perlu)
kiraan waktu pembuatan seluruh bangunan [15c] sahaja:
1 Gua level 10 = 7 jam 40 minit 20 saat
18 Gua level 1 = 5 minit x 18 = 1 jam 30 minit
1 balak = 4 minit 20 saat
1 Kuari Tanah Liat = 3 minit 40 saat
1 lombong besi = 7 minit 30 saat
15 ladang = 2 minit 30 saat x 15 = 37 minit 30 saat
1 titik perhimpunan = 33 minit 20 saat

jumlah masa pembangunan = 10 jam 6 minit 20 saat

Jumlah sumber
kayu 3640
tanah liat 4555
besi 3000
gandum 1100

.........................................................................................................................
bagi kampung 4-4-4-6


TOTAL time diperlukan 11:00:40
Jumlah Sumber: WOOD 3750 CLAY 4505 IRON 2910 CROP1450


Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60

Rally Point - level 1 > 0:33:20 110 160 90 70


Gua lvl 1 0:05:00 40 50 30 10
Gua lvl 2 0:10:50 50 65 40 15
Gua lvl 3 0:17:30 65 80 50 15
Gua lvl 4 0:25:20 85 105 65 20
Gua lvl 5 0:34:20 105 135 80 25
Gua lvl 6 0:44:50 135 170 105 35
Gua lvl 7 0:57:00 175 220 130 45
Gua lvl 8 1:11:10 225 280 170 55
Gua lvl 9 1:27:40 290 360 215 70
Gua lvl 10 1:46:40 370 460 275 90

Gua lvl 1 0:05:00 40 50 30 10 (x18)
Makna nya .. hanya SATU GUA level 10 dan 18 GUA level 1


Dan ini complete information untuk semua field :

Field :  Total Time    Woods Clay Iron Crop
4-4-4-6  11:00:40      3670 4405 2850 1430
4-5-3-6  10:56:50      3650 4365 2900 1420
4-3-5-6  11:04:30      3690 4445 2800 1440
3-4-5-6  11:03:50      3730 4385 2830 1430
3-5-4-6  11:00:00      3710 4345 2880 1420
5-4-3-6  10:57:30      3610 4425 2870 1430

Sunday, May 26, 2013

Zon Kelabu

__________________________________________________

Pengenalan Zon Kelabu
__________________________________________________

Disebabkan pelbagai pendapat dan cadangan yang diberikan oleh Pemain, Pihak Travian mengambil keputusan untuk melepaskan Puak Natar pada seawal Permainan bagi Travian Versi T4. Malah puak Natar juga diberikan kawasan Khas mereka iaitu di tengah-tengah peta(0|0) dan kawasan tersebut dipanggil Zon Kelabu.

*Contoh Sempadan Zon Kelabu(Natar) dan Zon Hijau(Pemain)

Fakta :
  • Terdapat 13 kampung Keajaiban Dunia bertaburan di zon kelabu sejak permulaan permainan. Ini adalah kampung-kampung yang boleh membina Keajaiban Dunia.
  • Tidak ada pemain yang akan berada disini(Ketika permainan bermula) Melainkan Puak Natar.
  • Menyerang kampung Natar di Zon Kelabu tidak akan menghilangkan "waktu perlindungan" anda.

Sebelum anda mengambil keputusan untuk membuka kampung di Zon Kelabu, mari kita lihat kelebihan dan kekurangan yang terdapat di situ.
__________________________________________________

Kelebihan Zon Kelabu
__________________________________________________

  • Semua oasis disitu memberikan bonus 50%, termasuk kayu, besi dan tanah liat!
  • Terdapat Banyak Lapangan tanaman 9c dan 15c boleh didapati di sini. dan oleh kerana semua Oasis disitu memberikan bonus 50%, mencari lapangan tanaman(9c/15c) dengan bonus 150% adalah mudah!
  • Membuka kampung di Zon Kelabu akan meletakkan anda di kedudukan tengah-tengah Peta. Kedudukan
    Ini boleh memudahkan anda untuk Merompak kampung2 berhampiran.
  • Kedudukkan di tengah Peta juga akan memudahkan anda untuk mengambil Artifak kerana Artifak
    Unik biasanya akan keluar di kawasan tengah Peta.

__________________________________________________

Kekurangan di Zon Kelabu
__________________________________________________

  • Anda mungkin tidak mahu untuk mempunyai lebih daripada 2-3 kampung di kawasan ini kerana Kampung yang dibuka di Zon Kelabu tidak akan memberikan sebarang Mata Budaya!!(Bersedia untuk menggunakan banyak Hasil seni). Cara paling berkesan sekiranya anda ingin membuka kampung disini adalah mencari Lapangan Cropper 9c/15c berhampiran dengan sempadanan Zon Kelabu dan Hijau. Anda boleh membuka beberapa kampung di Zon Hijau untuk membantu kampung Cropper anda yg berada didalam Zon Kelabu.
  • Berada ditengah-tengah Peta juga bermakna kampung anda pasti akan menarik perhatian ramai Pemain. Bersedialah untuk mempertahankannya! waktu didalam talian(online) yang lama mungkin diperlukan untuk menjaga akaun anda.
  • Sebaik sahaja anda membuka kampung di kawasan Zon Kelabu(Natar), Puak Natar akan melancarkan serangan Tarbil berterusan keatas kampung anda untuk mempertahanan kawasan Mereka.

kredit:travian forum

Friday, May 10, 2013

Strategi Bermain Travian Sebagai Puak Rom (UMUM)

Strategi Bermain Travian Sebagai Puak Rom







Mengapa pilih puak rom???

Puak Rom selalu dikatakan sebagai puak untuk pemain baru travian .Rom benar-benar mempunyai ciri-ciri yang lebih istimewa seperti pembinaan serentak bidang sumber dan bangunan. Rom menikmati kehebatan berkuasa infantri, infantri pertahanan, tarbil, dan senator. Rom mempunyai kekuatan tentera berkuda, , dan tarbil. Walau bagaimanapun, orang-orang Rom kekurangan dalam kelajuan, tentera yang sangat mahal bagi permulaan permainan, kadar penghasilan tentera per jam yang lambat dan pedagang yang membawa jumlah sumber yang sikit. Sudah tentu, tidak ada kaum adalah yang lebih baik, oleh itu jika anda bersedia untuk menerima kelemahan Rom untuk kebaikan mereka, maka orang-orang Rom adalah Puak untuk anda


So dah ade Puak bile nak mule???


Mase terbaik untuk mule bermain travian adalah PADA HARI KE 3,4 atau 5 SERVER.  MENGAPA??
sebabnye pada waktu itu kebanyakan pemain2 pro dah keluar daripada perlindungan pemain baru dan akan mule menyerang antara satu sama lain.anda pasti tidak mahu terperangkap di dalam peperangan antara pemain2 pro kan?


SO jom start main travian

1.Hari pertama

Hari pertama sudah bermula dan untuk 3 hari seterusnya anda mesti sentiasa online untuk uruskan akaun travian anda .hari pertama ikut sahaja arahan daripada pemberi tugasan dan mungkin lakukan beberapa pengembaraan untuk wira anda.itu saja untuk hari pertama.

2.Hari kedua

Pada tahap ini .anda sebagai pemain mungkin ada 3-5 askar biasa san seorang wira .hasil pendapatan dari lapangan sahaja tidak akan mencukupi jadi kite akan rompak untuk tambah pendapatan.TAPI JANGAN LANCARKAN SERANGAN TERHADAP KAMPUNG LAIN .INI AKAN MENYEBABKAN ANDA KEHILANGAN PERLINDUNGAN PEMAIN BARU.so nak serang sape??
Perhatikan di sekeliling kampung anda  perhatikan di oasis2 di sekeliling kampung anda.jika anda yang kosong dan tidak mempunyai askar alam .hantarkan askar anda ke sana mode serangan serbuan. Ini akan menambah pendapatan kampung anda hasil rompakan oasis.Teruskan rompakan oasis dan naikkan lapangan anda ke tahap 3 kesemuanya.

3.Hari ketiga

Pada hari ni anda sepatutnya mempunyai kesemua lapangan anda pada tahap 3 atau lebih .kalau boleh naikkan jumlah askar anda ke 10 orang.Pada penghujung hari ni anda akan kehilangan perlindungan pemain baru tapi disitulah keseronokan bermula .anda boleh menyerang kampung lain dan sedihnye mereka juga boleh menyerang anda.SO jikan anda diserang TOLONG NAIKKAN TAHAP GUA ANDA SUPAYA MEREKA TIDAK DAPAT MEROMPAK SUMBER ANDA.

Seminggu hingga 2 minggu Kemudian,

Pada tahap ni anda sepatutnye sudah mempunyai 50 orang askar dan lapangan tahap 5 kesemuanye kebanyakkan askar adalah untuk perlindungan dan merompak sahaja.jika anda sudah mencapai target diatas
teruskan usaha membina residen hingga tahap 10 dan latih peneroka .jikan anda mempunyai seorang rakan gaul dalam persekutuan anda hantar peneroka anda dalam mode serangan serbuan PASTIKAN RAKAN PUAK GAUL ANDA MEMPUNYAI PERANGKAP .dengan menghantar peneroka anda ke kampung dia ini akan menyebabkan peneroka anda terperangkap dalam perangkap dia dan berada dalam keadaan selamat.APABILA PENEROKA ANDA TERPERANGKAP DALAM PERANGKAP ,TIADA SERANGAN MUSUH BOLEH BUNUH PENEROKA ANDA JADI ANDA TIDAK AKAN KEHILANGAN PENEROKA ANDA YANG SANGAT2 MAHAL ITU.apabila dah cukup tiga orang peneroka anda boleh menghanter mereka ke satu kawasan kosong di peta dan mengasaskan kampung baru


DARI SINI ANDA SUDAH BERJAYA MENGASASKAN KAMPUNG KEDUA.TAHNIAH TAPI PERMAINAN TRAVIAN INI BELOM TAMAT LAGI.

teruskan membangun dia kampung pertama anda dan kampung kedua.membina lebih banyak kampung adalah penting untuk kekal maju dalam dunia permainan travian.

SEMOGA BERJAYA.











Tuesday, April 09, 2013

Travian 4.2

Pasukan pembangunan Travian telah berusaha 110% beberapa bulan ini bagi menjadikan Travian sebuah permainan yang lebih baik bagi komuniti Travian. Terdapat pelbagai ciri-ciri baru yang akan meningkatkan permainan Travian, dan sebagai tambahan, antara-muka pengguna yang baru akan memudahkan anda bermain. Adakah anda bosan terdapat pemain yang memindahkan sumber, penipuan perak, bot atau mesej spam, dan mahu permainan yang adil? Terdapat juga perubahan dibuat bagi menghentikan pelanggaran peraturan tersebut. Di bawah ini kami senaraikan ciri-ciri baru, setiap satu diterangkan sebaik boleh bagi memudahkan anda mengenali T4.2 dengan lebih baik! 

Facelift (antara-muka Travian yang lebih baik)
Tutorial (Baru bermula? Jangan risau, kini adalah lebih mudah mempelajari permainan Travian dan 
menjadi Pro) 
Tugasan (Lebih mudah, lebih menarik!)
Senarai Serbuan (Mampu menjadikan anda ketagih membuat serbuan) 
Natar yang dipertingkatkan (Mereka kini farm yang lebih baik!)
Perlindungan Pemindahan Sumber (Tiada lagi pemindahan sumber haram!)
Jadual Pelepasan diperbaiki (Sedikit perubahan bagi waktu pelepasan barangan) 



Facelift
Travian nampak lebih baik! Antara-muka baru Travian 4.2 ini bukan sahaja nampak hebat, tetapi ia juga banyak membantu memudahkan permainan. Di bawah adalah imej dari T4 dan T4.2 bagi memudahkan anda membuat bandingan. 

T4: Adakah anda suka antara-muka Travian lama? 


T4.2: Sekarang, anda akan lebih suka dengan antara-muka Travian baru! 


Semua maklumat yang diperlukan anda berkaitan ciri-ciri antara-muka baru Travian 4.2. 


Maklumat baru yang dipaparkan pada skrin atas: 

1. Petunjuk bagi penggunaan bonus sumber (+25% bonus lebih mudah dicapai) 
2. Rumusan tentang produksi/bonus/penggunaan/+bonus cth: tanaman boleh dilihat di sini (Kawalan 
sumber lebih mudah dibuat terutamanya jika akaun telah membesar) 
Maklumat lengkap (akan datang):

3. Fungsi pentadbiran pada menu lain dengan gaya biasa (cth: tetapan akaun) 
4. Shortcut-menu bagi bangunan/fungsi yang biasa digunakan. 



Kami juga membuat perubahan pada sebelah kiri skrin anda. 

1. Status wira (i.e pengalaman wira) 
2. Menu boleh sorok
3. Status persekutuan dan akses ke antara-muka pengguna utama. 
4. Kotak maklumat yang akan memaparkan maklumat dari pentadbiran (i.e pemberitahuan 
penyelenggaraan pelayan) 


Perubahan pada sebelah kanan skrin anda.

1. Rumusan kampung dengan butang shortcut. 
2. Paparan lebih baik bagi Tugasan (lebih mudah melihat tugasan yang ada) 



Kini adalah lebih mudah untuk anda terus ke PLUS, baca kelebihan yang boleh didapati dengan emas , atau membuat pembelian dengan beberapa klik sahaja.

1. Jika anda tidak memiliki emas yang mencukupi, klik pada barangan akan membawa anda ke bahagian 
pembelian dengan lebih cepat, tanpa menganggu permainan.

2. Dengan satu klik, anda boleh dapatkan maklumat berkaitan Travian PLUS tanpa menggangu halaman 
permainan anda. 








Tutorial
Tutorial diberikan dengan langkah yang lebih kecil dan kini ia lebih mudah difahami dan disiapkan. 



Tugasan
Semua tugasan kini disertakan dengan gambar yang akan membantu pemain baru mempelajari permainan dan memahami dunia Travian dengan lebih cepat. 



Senarai serbuan
Had sebanyak 100 sasaran bagi setiap senarai kini diaktifkan. Pemain juga kini boleh mencipta sehingga 100 senarai bagi setiap akaun. 



AI Natar dipertingkatkan
Natar semakin bijak, tetapi ia juga merupakan farm yang baik. Produksi sumber di kampung Natar dijadikan lebih realistik dan berdasarkan pada saiz kampung, yang akan menjadikannya sasaran baik untuk diserbu. 


Perlindungan pemindahan sumber
Sistem perlindungan pemindahan sumber telah dipertingkatkan bagi mengelakkan berlakunya pemindahan sumber haram.


Jadual Pelepasan diperbaharui

Barangan hebat/penting tidak akan dilepaskan pada awal permainan. Ini bagi mengelakkan kelebihan utama digunakan di awal permainan yang mana kebanyakan pemain masih lagi kecil. 

Wednesday, March 27, 2013

Tolong!! Kampung takde sumber..



Kalau kena macam ni, memang susah..nak wat apa2 pun susah
untuk buat sumber cepat naik senang je, aku main cara mudah je..
mula-mula, naikkan semua sumber ke tahap 5..


selepas semua tahap lima,

naikkan 1petak tanah liat ke tahap 10,kemudian buat kilang bata
Tanah liat diproses menjadi bata di sini. Berdasarkan tahapnya, Kilang Bata anda boleh meningkatkan produksi tanah liat anda sehingga 25 peratus.

naikan 1 petak kayu tahap 10 kemudian buat kilang papan..
Sini, kayu dihantar oleh pemotong kayu anda diproses. Berdasarkan tahapnya, Kilang Papan anda boleh meningkatkan produksi kayu anda sehingga 25 peratus.

akhir sekali besi satu petak ke tahap 10 dan buat kilang besi
Besi dileburkan di sini. Berdasarkan tahapnya, Kilang Besi anda boleh meningkatkan produksi besi sehingga 25 peratus.

Kenapa perlu tanah liat dahulu?
Kerana, kebanyakan bangunan dan sumber memerlukan tanah liat yang banyak..
Kayu untuk melatih askar2...

Wednesday, March 20, 2013

Menyembunyikan Serangan Di Kampung Utama




Askar penyerang utama adalah perkara yang paling penting untuk semua pemain penyerang besar. Dan itulah sebabnya ia adalah penting untuk menyembunyikan ia daripada sebarang ancaman musuh. Bagaimana untuk menyembunyikan perkampungan penyerang utama?

1. Mengaburkan nama kampung anda
Namakan kampung serangan utama anda seperti kampung-kampung lain yang biasa. Mengaburkan sama nama dengan kampung anda yang lain. Buat nama kampung anda berada dalam golongan kampung kecil anda. Mungkin kedudukannya pada giliran ke-5 atau bawah sekali. Jangan biarkan namanya mudah diingat.

2. Kurangkan Populasi
  • Mungkin boleh mengurangkan populasi kampung serangan utama anda. Populasi sekitar 500-800 adalah agak baik untuk kampung serangan utama. Jangan mendapatkan lebih tinggi daripada itu.
  • Tidak membina bidang sumber seperti tanah liat, besi atau kayu. Biarkan mereka di tahap 0 (kosong). Hanya up / membina tanaman.
  • Menjaga bangunan lain kekal rendah kecuali: berek, berek besar, kandang kuda, kandang kuda besar, bengkel, titik perhimpunan dan Tournament square. Bina sehingga ke tahap 20.
  • Musnahkan tukang besi jika anda sudah melatih semua unit penyerang anda ke tahap 20.
  • Membina 3 gudang sahaja, dan tinggalkan untuk gua.
  • Jika anda mahu memastikan populasi rendah, bina pasar pada tahap yang rendah seperti anda perlu. Anda boleh terus musnahkan pasar juga jika anda fikir anda tidak perlu untuk menghantar sumber dari kampung serangan utama anda. Ini sudah tentu akan membantu anda untuk jarang diserang ke kampung utama anda kerana pasar memberi populasi yang ketara.
  • Anda juga boleh musnahkan residen / istana di kampung serangan utama anda dalam usaha untuk mengurangkan populasi dan mendapatkan lebih banyak slot kosong untuk membina gua untuk memberi makan pasukan askar serangan utama anda. Pilihan ini mempunyai risiko, ia akan membuatkan kampung anda terdedah kepada akan ditawan. Tetapi jika anda fikir, anda sudah cukup baik untuk menyembunyikan tentera serangan utama anda, pilihan ini adalah bernilai yang perlu diambil.
3. Jangan terlalu gunakan tentera.
Menyembunyikan dengan cara tidak menggunakan tentera serangan utama anda begitu kerap. Jangan gunakan tentera serangan utama anda untuk menyerang, dan lain-lain peperangan yang tidak perlu. Gunakan mereka hanya untuk hitting WW (World Wonder) atau peperangan penting persekutuan anda. Ingat, apabila anda kerap menyerang, musuh boleh rekod kampung di mana askar anda keluar.

4. Sebarkan tentera serangan utama
Jangan bazirkan pasukan serangan utama anda dalam keadaan kelaparan. Sebarkan mereka ke kampung-kampung anda yang lain, jika anda tidak mampu untuk memantau tanaman selama 24 jam.

5. Peninjau
Letakkan beberapa peninjau di semua kampung-kampung anda, terutama di kampung-kampung yang mempunyai tentera serangan utama. Juga di oasis anda jika anda menggunakannya untuk meletak tentera serangan utama anda. Jangan biarkan musuh anda mengimbas tentera serangan utama anda tanpa diketahui anda.

6. Kampung rekaan
Tetapkan kampung anda yang lain sebagai kampung rekaan serangan utama anda. Gunakan beberapa nama "membunuh", buat ia dibahagian atas 3-10 (populasi) kalangan kampung anda. Sentiasa menggunakan kampung rekaan ini dalam mana-mana misi serangan atau serbuan.Tingkatkan populasi di kampung fiksyen/ rekaan.

7. Bersembunyi dari diimbas
Jika musuh anda mengimbas kampung anda untuk mencari perkampungan serangan utama anda, mereka akan cuba untuk mencari berek besar,dan great stable dalam kampung anda.Mereka akan melancarkan serangan palsu untuk semua kampung anda menggunakan catapult dengan dua bangunan tersebut sebagai sasaran.

Untuk menyembunyikan daripada imbasan ini, jika anda pasti bahawa musuh anda melancarkan serangan palsu, memusnahkan 2 bangunan tersebut sebelum serangan palsu itu tiba di kampung serangan utama anda, dan membinanya semula selepas serangan palsu dilakukan. Sudah tentu cara ini sangat mahal, tetapi saya lebih suka melakukan ini, mengelakkan kampung serangan utama saya diimbas dan kemudian saya perlu hadapi banyak gelombang serangan sebenar dari musuh.




Jika anda mempunyai idea lain, Sila kongsi di ruangan komen


Thursday, March 14, 2013

Menjajah/Menyerang Oasis



Pada peringkat permulaan permainan, Oasis di miliki oleh askar alam. Oasis boleh diserbu. Anda memerlukan bala tentera yang besar untuk menyerbu oasis dan mendapatkan hasil dari serbuan tersebut. Askar alam di oasis membiak dan bertambah dari masa ke semasa. Lebih sedikit bilangan haiwan liar di oasis, lebih cepat mereka membiak. Oasis boleh memberikan anda sumber jika diserbu dengan beberapa ratus tentera dan wira. Anda boleh melihat jenis dan jumlah Askar alam di Oasis tanpa perlu menghantar peninjau dengan hanya klik pada peta.


Terdapat 2 jenis oasis bagi setiap jenis sumber. Jenis 1 hanya memberikan bonus 1 sumber sahaja. Jenis yang lain memberikan bonus tanaman bersama. Apabila anda menjajah oasis, ia akan memberikan bonus terhadap produksi anda kepada kampung yang menjajah sahaja! Pertambahan bonus ini hanya melibatkan jumlah produksi sebenar setiap jam sahaja dan bukan produksi semasa.


Menjajah Oasis

Anda boleh menjajah oasis dengan menggunakan wira, apabila anda menyerang oasis berulang kali dengan menggunakan wira. Oasis tersebut akan di jadikan sebahagian dari kampung anda dari mana wira melakukan serangan. Oasis mestilah terletak di Peta Kecil sekitar kampung anda (Ditengah - tengah adalah kampung anda!) sebelum boleh dijajah. Atau dengan kata lain, Ianya mestilah terletak dalam jarak 3 petak dari kampung yang ingin menjajah. Anda juga memerlukan rumah agam wira pada tahap 10 untuk 1 oasis, 15 untuk oasis kedua dan tahap 20 untuk menjajah oasis ke 3.

Contoh dibawah menunjukkan "kampung anda" ditanda hitam dan secara teorinya oasis yang boleh dijajah ditanda merah. Perunjuk: Anda hanya boleh menjajah 3 oasis sahaja untuk sesebuah kampung.





Menjajah/Menyerang Oasis Berpenduduk

Untuk menjajah oasis pemain lain, anda perlu memusnahkan pertahanan yang ada dan menyerang dengan menggunakan wira sama ada sekali atau berkali - kali. Jika pemain yang diserang itu mempunyai 3 oasis, anda hanya perlu menyerang sekali sahaja dengan menggunakan wira anda. Jika pemain terbabit mempunyai 2 oasis, anda perlu menyerang sebanyak 2 kali dan jika pemain terbabit hanya mempunyai 1 oasis, 3 atau lebih serangan diperlukan untuk menjadikan oasis terbabit milik anda.

Petunjuk: wira tidak akan hilang selepas menjajah mana - mana oasis seperti Pentadbir (Penghulu/Senator atau Pemimpim) menjajah kampung pemain lain.
Menyerbu oasis akan memberikan kesan sama seperti menyerbu kampung yang memiliki oasis terbabit dan menyebabkan kampung terbabit kehilangan 10% sumbernya di setiap serangan di setiap 10 minit. Sumber pemain yang memiliki oasis akan bertambah semula dalam tempoh 10 minit dan jika anda menyerang semula kampung terbabit selepas 7 minit pertama serangan, ia hanya akan memberikan anda 7% dari sumber pemain tersebut..

Untuk mempertahankan oasis anda dari serbuan atau serangan pemain lain, anda perlu menghantar bantuan ketenteraan yang boleh dihantar melalui titik perhimpunan dan senggaraan makanan akan ditolak dari kampung yang memiliki oasis terbabit..


Wednesday, March 06, 2013

Bagaimana Untuk Mendapatkan Tarbil Dalam Masa Satu Bulan!

Binakan titik perhimpunan dan naik tarafkan bangunan utama ke level 3. Kenapa? Sebab dengan cara itu, saya boleh mebina BEREK. Saya dapat dua minggu perlindungan pemain baru dan sejak server itu baru tiga bulan dimulakan. Saya gunakan masa ini untuk menyerang kampung lain dan farming.

Selepas saya belanjakan resos saya pada bangunan-bangunan ini, Saya terpaksa menunggu sehari. Sebab saya langsung tiada apa-apa resos dan pendapatan saya hanya LIMA sejam.

Selepas dua hari saya sudah mula melatih dua askar belantan saya. Saya hantar mereka untuk menyerang salah seorang jiran saya.

NOTA PENTING : Jangan sesekali hantar satu askar untuk menyerang. Walaupun populasi kampung musuh anda hanya 2, DIA AKAN TERBUNUH. Saya tak tahu bagaimana ini boleh berlaku, tapi ini caranya. Hantarkan sekurang-kurangnya dua orang askar untuk menyerang. Kecuali askar anda dinaik tarafkan perisai dan senjata.
Dua askar belantan saya pulang dengan 120 resos (30 setiap satu jenis). Tak ramai boleh percaya, tapi dalam satu jam saya berjaya mendapat resos sama dengan enam jam (5/Sejam).

PENINJAU mungkin tak penting sebab tak banyak boleh buat. Daripada saya menaiktarafkan resos saya, saya habiskan hasil serangan saya pada benda lain : PENINJAU. Saya perlukan AKEDEMI (perlu menaiktarafkan BEREK kepada level 3, BANGUNAN UTAMA saya pada waktu itu sudah pun level 3) dan menaiktarafkan BEREK saya ke level 3.

Benda yang hebat tentang Teuton ialah penijau mereka berjalan kaki bermakna saya tidak perlu membina kandang kuda. Bajet sikit ;).

Kenapa peninjau penting? Sebab sekarang saya boleh:

· Saya boleh tahu berapa resos di farm saya. Mereka mungkin ada BANYAK resos tapi saya hanya hantar dua orang askar untuk serang. Atau, mereka mungkin ada resos kurang dari jangkaan saya dan saya hantar 100 kesatria santo untuk 100 resos.

· Saya boleh lihat jika ada orang lain mengintai saya. Ini penting juga : anda tidak tahu berapa banyak kali kampung anda diintai oleh orang lain.

Ia biasa bagi saya untuk bermula dengan peninjau, jadi ini langkahnya untuk saya melatih askar-askar lain. Seperti saya katakan saya tak mengharapkan resos field tapi pada farming. Dan saya mendapat beribu resos sehari dengan cara ini.

Dalam masa 10 hari saya sudah ada 150 belantan dan peninjau. Kemudian, saya telah selidik dan latih beberapa PALADIN (mereka boleh membawa banyak resos dan lebih laju) dan sediakan tarbil.

Kenapa tarbil penting? Kebanyakan masanya ia tak penting, tapi ada masa juga ia menjadi amat penting. Kos untuk selidiknya amat MAHAL. Tapi jika anda terancan, anda ada peluang untuk menyelidiknya.

BONUS

Saya banyak habiskan masa untuk upgradekan akedemi dan bengkel. Di kampung utama saya bina istana (supaya saya boleh ada tukang batu) dan menaiktarafkannya ke level 10. Langkah seterusnya ialah asaska kampung baru berdekatan dengan kampung utama.

Dalam masa 30 hari lagi, kampung kedua saya sudah ada semuanya.

SELAMAT MAJU JAYA

Wednesday, February 27, 2013

Hot Tips Untuk Farmer


· Jangan jadi Farm

· Targetkan Farm yang tidak aktif di kawasan anda

· Jangan bazirkan masa membiarkan askar anda di kampung anda

· Elakkan berlawan dengan kampung yang mempunyai askar

· Misi anda hanya untuk menyerang kampung yang kurang/tiada pertahanan

· Jangan baca IGM dari Farm anda. Mereka adalah sama seperti resos anda

Wednesday, February 20, 2013

Offensive Gaul Guide

Guide ini untuk pemain yang aktif sahaja

Hari Pertama
Hanya upgrade sumber

INGAT!! jangan latih falanks dan jangan buat bangunan lain!! (pemain selalu membuat kedutaan)
sekali lagi. JANGAN BUAT BANGUNAN LAIN!!

selepas hari pertama:


Hari Kedua Dan Ketiga
Kayu lvl 5
Tanah Liat lvl 5
Titik Perhimpunan lvl 1
Berek lvl 3
Akademi lvl 5
Kedai Senjata lvl 3
Kandang Kuda lvl 3
Selidik Askar Pedang
Latih 2 Askar Pedang

Rompak! Rompak! Rompak! dan buat Askar Pedang sebanyak mungkin.
tinggalkan gaul, raid teuton dan rom sahaja.
setelah itu, bina gudang dan jelapang.

Hari-Hari Seterusya
Sekarang Askar Pedang anda sudah ada >75
Bina sumber sehingga ia kelihatan seperti ini: Kayu 1400, Tanah Liat 1800, Besi 920, Tanaman 240
Tanaman tidak perlu sebanyak itu jika anda sudah ada hasil rompakan yang stabil.
Sumber tersebut untuk membina Askar Pedang non-stop
Selidik Penjelajah
Latih penjelajah (minimum 3)

Sekarang Askar Pedang anda sudah ada >100
Dewan Perbandaran lvl 1 (Terus Buat Perayaan)
Residen lvl 10
Latih Peneroka 3

Pilih 15c dan latih Askar Pedang sebanyak mungkin

Terus Rompak!!
Anda akan terperanjat jika nama anda kelihatan di dalam top 10 penyerang

Wednesday, February 13, 2013

Nak Jadi Defender

Apa yang perlu ada dalam kampung defender :

Untuk kampung 15c

- Banggunan Utama
- Titik Perhimpunan
- Rumah Agam Wira
- Pasar
- Istana


Gudang dan Jelapang  ke level tertinggi dan naikkan juga ladang.

kemudian,
- pengisar bijian
- kedai roti
- bengkel batu
- akademi
- Berek
- Kandang Kuda
- Gelanggang Latihan : kalau boleh ke level tertinggi supaya lebih cepat dan pantas bantuan boleh dihantar.


kampung biasa

-Bangunan utama
-Titik perhinpunan
-Resident
-Agam wira
-Pasar
-Gelanggang latihan
-Bengkel fabrikasi
-Akademi
-Pengisar bijian
-Kedai roti
-Kilang papan
-kilang besi
-Kilang bata
-Gudang
-Jelapang
-Berek
-Kandang Kuda

dipetik dari travianclan2011

Wednesday, February 06, 2013

Nak Jadi Attacker

Anda ada 3 pilihan bila hendak memilih hendak menjadi penyerang.

1. Big Hammer
2. Small Hammer
3. Sweeper

1. Big Hammer : Pemain yang ada sekurang2nya :
50k infantry (askar jalan kaki)
10K calvary (askar berkuda)
5k cata

2. Small Hammer : Pemain yang ada sekurang2nya:
10-20k infantry
5k-10k calvary
2k cata
500k ram/pelantak

3. Sweeper : Pemain yang ada sekurang2nya :
20k keatas infantry
5k keatas calvary
200-300 ram (awal game)
500-1000 ram (mid game)
1000ram keatas late game


BIG HAMMER
Big hammer bermakna pemain ini antara "pemain simpanan" yang bakal menggegarkan WW dan hanya ikut serta mission ally menggunakan TF kedua. Bukan dari MAIN TF.

SMALL HAMMER :
Small hammer adalah pemain yang sangat penting bagi ally untuk menghuru hara kan pihak lawan.

SWEEPER :
Pemain yang bermain sebagai sweeper tak perlu ada cata sebab pemain ini akan berada di barisan depan semasa mission di jalankan.
Peranan pemain yang bermain sebagai sweeper ni seolah2 sebagai "penyapu" yang menyapu bersih askar2 pertahanan pihak lawan .. sebelum hammer masuk memusnahkan semua banggunan dalam kampung target.
* Sweeper perlu buat ram / pelantak kerana bila tembok di musnah kan.. akan mengurangkan kematian askar di belakang yang membawa cata.




Ada 2 pilihan boleh di pilih , kampung yang macam mana bila hendak menjadi Hammer atau Sweeper


1. TF dari Capital (wajib 15C)
- Banggunan utama
- Titik Perhimpunan
- Istana
- Bengkel Fabrikasi (runtuh setelah semua level askar dah penuh )
- Rumah Agam Wira
- Pengisar Bijian
- Kedai Roti
- Akademi (runtuh setelah semua penyelidikan dah di buat)
- pasar
- bengkel batu
- palung kuda (untuk puak ROM)
- BEREK
- KANDANG KUDA
- BENGKEL
- GELANGGANG LATIHAN
- selebihnya gudang dan jelapang

*semua level 20


2. TF dari non Capital
Seelok2 nya kampung yang di pilih untuk menjadi TF , berdekatan dengan Capital dan ciri2 kampung tersebut kalau boleh :

ROM - lebih besi
TEUTON - lebih kayu
GAUL - lebih tanah

- Banggunan utama
- Titik Perhimpunan
- Residen
- Bengkel Fabrikasi (runtuh setelah semua level askar dah penuh )
- Rumah Agam Wira
- Pengisar Bijian
- Kedai Roti
- Akademi (runtuh setelah semua penyelidikan dah di buat)
- pasar
- BEREK
- KANDANG KUDA
- BENGKEL
- GELANGGANG LATIHAN
- BEREK BESAR (bila kampung dah banyak)
- KANDANG KUDA BESAR (bila kampung dah banyak)
- selebihnya gudang dan jelapang

dipetik dari travianclan2011

Thursday, January 24, 2013

Hero/Wira: Penerangan

Pengenalan

Hero ialah unit yang sangat kuat yang dapat memberi perubahan. Untuk melatih hero, pertama sekali anda harus membina Rumah Agam Wira. Selepas itu, pilih satu unit untuk dilatih menjadi hero. Kelajuan hero adalah sama seperti unit asal, tetapi yang membezakannya ialah mata poin yang boleh dipertingkatkan. Hero menggunakan 6 tanaman sejam, kerana kekuatanya yang membezakan dengan askar normal. Peringatan: Unit yang anda pilih akan memberi kesan kepada mata statistik hero, pilih sewajarnya!


5 Mata Poin Hero anda

Sekarang pergi ke Rumah Agam Wira selepas siap melatih hero. Hero anda akan bermula pada tahap 0 dan mempunyai 5 mata statistik:
Serangan
Pertahanan
Bonus Serangan
Bonus Pertahanan
Pemulihan

Anda akan bermula dengan 5 mata point untuk ditambah pada statistik. Pada masa ini, anda boleh membahagikan sesuka hati anda, tetapi apabila hero anda meningkat tahap untuk pertama kali, anda tidak boleh membahagikan sesuka hati lagi.

Serangan bermakna jumlah serangan hero anda. Contohnya, jika hero anda mempunyai 1000 serangan, ianya akan menyerang seperti unit dengan 1000 serangan. Jika hero anda ialah infantri, ianya akan menyerang seperti askar infantri, dan juga sebaliknya dengan askar berkuda. Jadi jika hero anda ialah Askar Belantan dengan 400 mata serangan, hero anda akan menyerang seperti 10 Askar Belantan kerana satu Askar Belantan mempunyai 40 mata serangan. Sama juga dengan Pertahanan. Dengan menambah mata point kepada mata statistik, anda boleh menaikkan jumlah serangan/pertahanan hero anda.

Bonus Serangan memberi kesan selain kepada hero anda. Untuk setiap mata point anda tambah kepada Bonus Serangan, setiap askar dalam satu kampung yang sama akan meningkat sebanyak 0.2% bonus serangan. Ini mungkin kelihatan tidak banyak, tetapi untuk askar yang besar, ianya memang memberi perbezaan. Bonus Pertahanan juga sama, kecuali untuk pertahanan sahaja.

Pemulihan ialah berapa banyak hero anda boleh pulih. Setiap mata dalam Pemulihan memberikan hero anda pemulihan sebanyak 5% sehari.

Setiap mata statistik boleh mencapai 100. Ini bermakna 20% untuk bonus serangan/pertahanan, 500% pemulihan nyawa sehari dan 'banyak' mata untuk serangan dan pertahanan (bergantung pada unit)

Pengalaman dan Nyawa.

Di bawah ini, anda akan melihat bar pengalaman. Ini menunjukkan berapa mata pengalaman yang hero anda perolehi. Hero anda boleh mendapat mata ini dengan dalam peperangan, tak kira menyerang atau menahan. Mata pengalaman adalah bersamaan dengan penggunaan tanaman unit yang dibunuh. Ini bermakna jika hero anda membunuh 3 Askar Belantan, hero anda akan menerima 3 Mata Pengalaman kerana satu Askar Belantan menggunakan 1 tanaman perjam.

Untuk mencapai tahap 1 ianya memerlukan 100 mata pengalaman, tahap 2 pada 200 mata pengalaman dan 300 mata pengalaman pada tahap 3. Hero anda akan berhenti menaik tahap pada tahap 99 (mata maksimum telah dicapai)

Bar pengalaman ditunjukkan dalam peratus, jika hero anda berapa pada tahap 1 dan membunuh unit dengan 30 penggunaan tanaman, ianya akan memberi 15%, dan ini bukan pepijat dalam permainan.

Setiap kali hero anda menaik tahap, 5 mata poin akan diberi untuk di tambah pada mata statistik.

Disini juga terdapat nyawa hero. Nyawa hero anda selepas peperangan adalah berdasarkan berapa banyak askar anda terkorban dalam peperangan. Jika, dalam peperangan 50% askar anda terbunuh, jadi hero anda akan kehilangan 50% nyawa. (Bukan 50 peratus nyawa semasa!) Jika hero anda hilang lebih dari 90% dalam satu peperangan, hero anda akan mati. Pastikan anda meletakkan mata pada Pemulihan, kerana untuk menghidupkan hero kembali, anda terpaksa membelanjakan banyak sumber.

Tetapi bahaimana jika hero mati?

Jika hero anda mati, anda mempunyai 2 pilihan
1. Hidupkan semula hero anda, kosnya agak tinggi bergantung pada tahap hero
2. Latih hero yang lain. Anda boleh melatih unit yang lain menjadi hero. Jika hero itu mati kemudian, anda boleh menghidupkan kembali hero pertama atau kedua. Anda boleh memiliki 3 hero dalam satu masa, dan anda hanya boleh memiliki satu hero pada sesuatu masa.

Oasis

Hero bukan hanya bagus untuk askar anda. Hero juga boleh menawan oasis, yang memberikan bonus sumber kepada kampung anda! Oasis sangat mudah dijumpai, kerana banyak petunjuk di dalam peta. 

Untuk mengubah nama hero, klik pada nama hero yang sedia ada

kredit: sanji 

Sunday, January 20, 2013

Bahayanya Spy



Mesti korang main travian, duduk dalam sesebuah persekutuan lepas tu musuh dapat tau siapa selalu online, berapa jumlah askar ahli persekutuan dan semua maklumat dapat diketahui musuh.

Siapa sebenarnya SPY ni?
Mereka berkemungkinan adalah pencacai musuh sesebuah persekutuan.
Mereka adalah mangsa kepada seseorang dan disuruh untuk jadi spy jika nak selamat.

SPY tidak bersalah dalam hal ini, kerana mereka adalah anjing yang tersepit. Nak mengamuk tak mampu, terpaksa buat baik agar terselamat.

ni salah satu maklumat spy aku dapat dari ally aku:




Dan inilah akibat dari hasil jualan maklumat oleh spy. (bahagian pembela sahaja). Yang hijau-hijau tu diorg hantar fake



Monday, January 14, 2013

Senarai Tugasan Travian 4.0 (Pemain Baru) Bah.4

Sambungan dari bahagian 3

Tugasan 24: Semuanya kepada 2!

„Sekarang saatnya meningkatkan kekuasaan dan kekayaan! Tahap 1 tidak lagi mencukupi... Ia mungkin akan memakan masa, tetapi amat berbaloi di penghujungnya. Tingkatkan semua lapangan sumber ke tahap 2.”

Arahan: Tingkatkan semua lapangan sumber ke tahap 2. 

Ganjaran: 15 

Tugasan 25. Kedutaan

„Dunia Travian amat berbahaya. Anda telah membina Gua untuk melindungi sumber dari penyerang. Persekutuan yang baik akan memberikan anda lebih pelindungan.
Untuk menerima Jemputan dari persekutuan. Bina Kedutaan.




Arahan: Bina Kedutaan. 

Ganjaran:  200  120  180  80



Tugasan 26: Persekutuan

„Kerja berpasukan amat penting dalam Travian. Para pemain akan bekerjasama dalam perikatan.
Dapatkan Jemputan dari Persekutuan di kawasan anda dan bergabunglah dengan Mereka. Atau anda boleh mengasaskan sendiri persekutuan.

Hint: Untuk mengasaskan Persekutuan, anda memerlukan kedutaan pada tahap 3 minimum.


Arahan: Sertai Persekutuan Atau Asaskan sendiri. 

Ganjaran setelah menyertai Persekutuan:  240  280  180  100


Tugasan 27: 10 Penjelajahan!

„Di Peta akan selalu kelihatan Penjelajahan baru. Kuasai 10 untuk menjadi pahlawan berpengalaman.
Apabila Penjelajahan berkembang, Ia akan menjadi semakin sukar. Ingatlah untuk menambah beberapa poin kekuatan pahlawan anda, Agar dia tidak mati dengan mudah. Semakin kuat pahlawan, Semakin lama dan banyak pengembaraan yang boleh dihadapi "”

Arahan: Bertahan 10 Penjelajahan.

Ganjaran: 500 (silver)


Tugasan 28: Bangunan Utama tahap 5.

„Untuk membolehkan anda membina Residen atau Istana, Anda memerlukan bangunan Utama tahap 5.”

Arahan: Tingkatkan Bangunan Utama Ke tahap 5. 

Ganjaran:  600  750  600  300


Tugasan 29: Jelapang tahap 3. 

„Tidak ingin kehilangan Tanaman? Anda perlu tingkatkan tahap Jelapang.”

Arahan: Tingkatkan Jelapang ke tahap 3. 

Ganjaran:  900  850  600  300


Tugasan 30: Gudang tahap 7. 

„Untuk memastikan Sumber anda tidak melimpah, Anda perlu tingkatkan tahap Gudang.”

Arahan: Tingkatkan Gudang ke tahap 7. 

Reward:  1800  2000  1650  800


Tugasan 31: Semua kepada 5. 

„Anda akan sentiasa memerlukan lebih banyak Sumber. Tapak sumber cukup mahal, Tetapi berbaloi untuk jangka masa panjang”

Arahan:Tingkatkan semua Lapangan Sumber ke tahap 5. 

Ganjaran:  1600  1800  1950  1200


Tugasan 32: Istana atau Residen? 

„Untuk mengasaskan kampung baru, Anda memerlukan Peneroka. Mereka boleh dilatih di Istana ataupun Residen.”

Arahan: Bina Istana atau Residen tahap 10. 

Hint: Tidak pasti mana yang harus dipilih?
Palace FAQ
Residance FAQ

Ganjaran:  3400  2800  3600  2200


Tugasan 33: 3 Peneroka. 

„Untuk mengasaskan kampung baru, Anda memerlukan Peneroka. Anda boleh melatih Peneroka di Istana 
ataupun Residen.”

Arahan: Latih 3 Peneroka. 

Ganjaran:  1050  800  900  750


Tugasan 34: Kampung baru. 

„ Di Peta, terdapat banyak lembah terbiar. Carilah satu yang sesuai untuk anda membuka kampung baru.”

Arahan: Membuka kampung Baru. 

Ganjaran:  1600  2000  1800  1300


Tugasan 35a: Berek ke Tahap 1(Ketenteraan)

„Sekarang masanya mendapatkan mesin Perang anda. Binakan Berek ke tahap 1 .”

Arahan: Binakan Berek. 
Ganjaran:  140  200  180  200


Tugasan 35b: Pasar ke tahap 1. (Ekonomi)

„Sekarang masanya meningkatkan Ekonomi. Binakan Pasar ke tahap 1.” 

Arahan: Binakan Pasar. 
Ganjaran:  140  200  180  200