Sunday, May 26, 2013

Zon Kelabu

__________________________________________________

Pengenalan Zon Kelabu
__________________________________________________

Disebabkan pelbagai pendapat dan cadangan yang diberikan oleh Pemain, Pihak Travian mengambil keputusan untuk melepaskan Puak Natar pada seawal Permainan bagi Travian Versi T4. Malah puak Natar juga diberikan kawasan Khas mereka iaitu di tengah-tengah peta(0|0) dan kawasan tersebut dipanggil Zon Kelabu.

*Contoh Sempadan Zon Kelabu(Natar) dan Zon Hijau(Pemain)

Fakta :
  • Terdapat 13 kampung Keajaiban Dunia bertaburan di zon kelabu sejak permulaan permainan. Ini adalah kampung-kampung yang boleh membina Keajaiban Dunia.
  • Tidak ada pemain yang akan berada disini(Ketika permainan bermula) Melainkan Puak Natar.
  • Menyerang kampung Natar di Zon Kelabu tidak akan menghilangkan "waktu perlindungan" anda.

Sebelum anda mengambil keputusan untuk membuka kampung di Zon Kelabu, mari kita lihat kelebihan dan kekurangan yang terdapat di situ.
__________________________________________________

Kelebihan Zon Kelabu
__________________________________________________

  • Semua oasis disitu memberikan bonus 50%, termasuk kayu, besi dan tanah liat!
  • Terdapat Banyak Lapangan tanaman 9c dan 15c boleh didapati di sini. dan oleh kerana semua Oasis disitu memberikan bonus 50%, mencari lapangan tanaman(9c/15c) dengan bonus 150% adalah mudah!
  • Membuka kampung di Zon Kelabu akan meletakkan anda di kedudukan tengah-tengah Peta. Kedudukan
    Ini boleh memudahkan anda untuk Merompak kampung2 berhampiran.
  • Kedudukkan di tengah Peta juga akan memudahkan anda untuk mengambil Artifak kerana Artifak
    Unik biasanya akan keluar di kawasan tengah Peta.

__________________________________________________

Kekurangan di Zon Kelabu
__________________________________________________

  • Anda mungkin tidak mahu untuk mempunyai lebih daripada 2-3 kampung di kawasan ini kerana Kampung yang dibuka di Zon Kelabu tidak akan memberikan sebarang Mata Budaya!!(Bersedia untuk menggunakan banyak Hasil seni). Cara paling berkesan sekiranya anda ingin membuka kampung disini adalah mencari Lapangan Cropper 9c/15c berhampiran dengan sempadanan Zon Kelabu dan Hijau. Anda boleh membuka beberapa kampung di Zon Hijau untuk membantu kampung Cropper anda yg berada didalam Zon Kelabu.
  • Berada ditengah-tengah Peta juga bermakna kampung anda pasti akan menarik perhatian ramai Pemain. Bersedialah untuk mempertahankannya! waktu didalam talian(online) yang lama mungkin diperlukan untuk menjaga akaun anda.
  • Sebaik sahaja anda membuka kampung di kawasan Zon Kelabu(Natar), Puak Natar akan melancarkan serangan Tarbil berterusan keatas kampung anda untuk mempertahanan kawasan Mereka.

kredit:travian forum

0 comments:

Post a Comment