Friday, May 31, 2013

Membuka kampung Zon Kelabu





__________________________________________________

Membuka kampung Zon Kelabu
__________________________________________________


Tidak semua pemain dapat membuka kampung di kawasan Zon Kelabu @ Natar. Hanya mereka yang benar-benar berani dan cukup bersedia sahaja dapat membuka dikawasan ini. Mereka ini akan melalui Ujian dan serangan getir dari pemilik Kawasan itu dan sekiranya berjaya, Mereka akan dibenarkan untuk tinggal disitu.


Persediaan Sebelum Mengasaskan kampung :

Terdapat banyak bangunan yang perlu dibina bagi menghadapi serangan Puak Natar. Bersedialah sumber yang banyak untuk dihantar ke kampung Baru anda.
Memiliki Pasar tahap tinggi mungkin dapat membantu anda. Lebih banyak sumber yang boleh dipindahkan adalah lebih baik.
Anda mungkin boleh meminta rakan persekutuan untuk menghantar bantuan sumber ke kampung anda setelah ianya diasaskan.
Memiliki Emas adalah satu kelebihan. Di dalam Travian 4, Emas amat mudah diperolehi. Anda boleh menjual barang yang dapati semasa pengembaraan. Setelah berjaya dijual, anda boleh menukarkan Perak kepada Emas.


Mengasaskan Kampung :

Setelah lokasi yang sesuai dikenal pasti, anda boleh mula menghantar Peneroka di Zon Kelabu untuk mengasaskan kampung baru. Sistem akan memberi Amaran tentang akibat sekiranya anda membuka kampung di situ, tetapi sekiranya anda cukup berani dan telah bersedia, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sebaik sahaja Peneroka anda mengasaskan kampung, Puak Natar akan mula menyerang kampung anda, dan serangan tersebut akan tiba dalam tempoh 24 Jam. Tidak kira di mana lokasi anda membuka kampung(Zon Kelabu) serangan Natar tetap akan tiba dalam tempoh 24 Jam.

Puak Natar akan melancarkan 14 Serangan ketas kampung anda. Dan setiap serangan diiringi Tarbil yang akan menyerang 2 bangunan serentak, Jadi mereka akan membuat 28 Sasaran Tarbil.

Butiran Serangan Puak Natar :



Misi anda untuk terus hidup di sana adalah untuk mempertahankan kampung supaya populasi penduduk tidak menjadi 0 akibat serangan Tarbil Mereka. Meletakkan askar pertahanan yang banyak bukanlah satu pilihan yang bijak disebabkan statistik kekuatan mereka telah ditingkatkan. Dan pastinya kampung anda yang masih baru itu sukar untuk menampung makanan askar Pertahanan yang banyak bagi menghadapi 14 Serangan Mereka. Dan serangan itu pula dalam tempoh 24 Jam!!.

Puak Natar akan membuat 28 Sasaran Tarbil, ini bermakna anda perlu membina sekurang-kurangnya 30 bangunan dalam tempoh 24jam untuk selamat dari serangan mereka.

Senarai bangunan yang di cadangkan :


Pasar
Gudang
Jelapang
berek
bangunan utama
Akademi
bengkel Fabrikasi
Kedutaan
Rumah Agam Wira
Residen (atau Istana)
Gua Tahap-10
8x Gua Tahap 1
18x Lapangan Sumber tahap 1
Kebanyakan mereka yang terselamat daripada serangan Natar adalah pengguna Emas, Anda memerlukan sekurang-kurangnya 40 Emas untuk menyiapkan bangunan dengan lebih cepat menggunakan Fungsi "siap Serta-Merta". Tetapi ianya tidak mustahil tanpa Emas sekiranya anda mempunyai sumber yang mencukupi dan anda mampu untuk sentiasa membina dalam tempoh 24 jam tersebut.




TAPI!! ada cara lain bagi mereka yang tidak mempunyai emas yang banyak atau cara lebih jimat yang selalu fazmys gunakan.


1. Pilih kampung yang memiliki oasis tinggi ... contohnya 15c dengan oasis 150%
2. Usahakan jarak pedagang kurang dari 10 jam ke kampung grey zone.pergi berperingkat
3. Asas je kampung tu, terus bangunkan gua hingga level 10 sebijik, kemudian bangunkan semua sumber, titik perhimpunan, dan gua masing2 level 1
4.Jangan lupa gudang dan jelapang level 1 agar tidak membazir sumber semasa sampai sumber dr kampung lama ... (jika perlu)
kiraan waktu pembuatan seluruh bangunan [15c] sahaja:
1 Gua level 10 = 7 jam 40 minit 20 saat
18 Gua level 1 = 5 minit x 18 = 1 jam 30 minit
1 balak = 4 minit 20 saat
1 Kuari Tanah Liat = 3 minit 40 saat
1 lombong besi = 7 minit 30 saat
15 ladang = 2 minit 30 saat x 15 = 37 minit 30 saat
1 titik perhimpunan = 33 minit 20 saat

jumlah masa pembangunan = 10 jam 6 minit 20 saat

Jumlah sumber
kayu 3640
tanah liat 4555
besi 3000
gandum 1100

.........................................................................................................................
bagi kampung 4-4-4-6


TOTAL time diperlukan 11:00:40
Jumlah Sumber: WOOD 3750 CLAY 4505 IRON 2910 CROP1450


Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60

Rally Point - level 1 > 0:33:20 110 160 90 70


Gua lvl 1 0:05:00 40 50 30 10
Gua lvl 2 0:10:50 50 65 40 15
Gua lvl 3 0:17:30 65 80 50 15
Gua lvl 4 0:25:20 85 105 65 20
Gua lvl 5 0:34:20 105 135 80 25
Gua lvl 6 0:44:50 135 170 105 35
Gua lvl 7 0:57:00 175 220 130 45
Gua lvl 8 1:11:10 225 280 170 55
Gua lvl 9 1:27:40 290 360 215 70
Gua lvl 10 1:46:40 370 460 275 90

Gua lvl 1 0:05:00 40 50 30 10 (x18)
Makna nya .. hanya SATU GUA level 10 dan 18 GUA level 1


Dan ini complete information untuk semua field :

Field :  Total Time    Woods Clay Iron Crop
4-4-4-6  11:00:40      3670 4405 2850 1430
4-5-3-6  10:56:50      3650 4365 2900 1420
4-3-5-6  11:04:30      3690 4445 2800 1440
3-4-5-6  11:03:50      3730 4385 2830 1430
3-5-4-6  11:00:00      3710 4345 2880 1420
5-4-3-6  10:57:30      3610 4425 2870 1430

0 comments:

Post a Comment