Thursday, January 24, 2013

Hero/Wira: Penerangan

Pengenalan

Hero ialah unit yang sangat kuat yang dapat memberi perubahan. Untuk melatih hero, pertama sekali anda harus membina Rumah Agam Wira. Selepas itu, pilih satu unit untuk dilatih menjadi hero. Kelajuan hero adalah sama seperti unit asal, tetapi yang membezakannya ialah mata poin yang boleh dipertingkatkan. Hero menggunakan 6 tanaman sejam, kerana kekuatanya yang membezakan dengan askar normal. Peringatan: Unit yang anda pilih akan memberi kesan kepada mata statistik hero, pilih sewajarnya!


5 Mata Poin Hero anda

Sekarang pergi ke Rumah Agam Wira selepas siap melatih hero. Hero anda akan bermula pada tahap 0 dan mempunyai 5 mata statistik:
Serangan
Pertahanan
Bonus Serangan
Bonus Pertahanan
Pemulihan

Anda akan bermula dengan 5 mata point untuk ditambah pada statistik. Pada masa ini, anda boleh membahagikan sesuka hati anda, tetapi apabila hero anda meningkat tahap untuk pertama kali, anda tidak boleh membahagikan sesuka hati lagi.

Serangan bermakna jumlah serangan hero anda. Contohnya, jika hero anda mempunyai 1000 serangan, ianya akan menyerang seperti unit dengan 1000 serangan. Jika hero anda ialah infantri, ianya akan menyerang seperti askar infantri, dan juga sebaliknya dengan askar berkuda. Jadi jika hero anda ialah Askar Belantan dengan 400 mata serangan, hero anda akan menyerang seperti 10 Askar Belantan kerana satu Askar Belantan mempunyai 40 mata serangan. Sama juga dengan Pertahanan. Dengan menambah mata point kepada mata statistik, anda boleh menaikkan jumlah serangan/pertahanan hero anda.

Bonus Serangan memberi kesan selain kepada hero anda. Untuk setiap mata point anda tambah kepada Bonus Serangan, setiap askar dalam satu kampung yang sama akan meningkat sebanyak 0.2% bonus serangan. Ini mungkin kelihatan tidak banyak, tetapi untuk askar yang besar, ianya memang memberi perbezaan. Bonus Pertahanan juga sama, kecuali untuk pertahanan sahaja.

Pemulihan ialah berapa banyak hero anda boleh pulih. Setiap mata dalam Pemulihan memberikan hero anda pemulihan sebanyak 5% sehari.

Setiap mata statistik boleh mencapai 100. Ini bermakna 20% untuk bonus serangan/pertahanan, 500% pemulihan nyawa sehari dan 'banyak' mata untuk serangan dan pertahanan (bergantung pada unit)

Pengalaman dan Nyawa.

Di bawah ini, anda akan melihat bar pengalaman. Ini menunjukkan berapa mata pengalaman yang hero anda perolehi. Hero anda boleh mendapat mata ini dengan dalam peperangan, tak kira menyerang atau menahan. Mata pengalaman adalah bersamaan dengan penggunaan tanaman unit yang dibunuh. Ini bermakna jika hero anda membunuh 3 Askar Belantan, hero anda akan menerima 3 Mata Pengalaman kerana satu Askar Belantan menggunakan 1 tanaman perjam.

Untuk mencapai tahap 1 ianya memerlukan 100 mata pengalaman, tahap 2 pada 200 mata pengalaman dan 300 mata pengalaman pada tahap 3. Hero anda akan berhenti menaik tahap pada tahap 99 (mata maksimum telah dicapai)

Bar pengalaman ditunjukkan dalam peratus, jika hero anda berapa pada tahap 1 dan membunuh unit dengan 30 penggunaan tanaman, ianya akan memberi 15%, dan ini bukan pepijat dalam permainan.

Setiap kali hero anda menaik tahap, 5 mata poin akan diberi untuk di tambah pada mata statistik.

Disini juga terdapat nyawa hero. Nyawa hero anda selepas peperangan adalah berdasarkan berapa banyak askar anda terkorban dalam peperangan. Jika, dalam peperangan 50% askar anda terbunuh, jadi hero anda akan kehilangan 50% nyawa. (Bukan 50 peratus nyawa semasa!) Jika hero anda hilang lebih dari 90% dalam satu peperangan, hero anda akan mati. Pastikan anda meletakkan mata pada Pemulihan, kerana untuk menghidupkan hero kembali, anda terpaksa membelanjakan banyak sumber.

Tetapi bahaimana jika hero mati?

Jika hero anda mati, anda mempunyai 2 pilihan
1. Hidupkan semula hero anda, kosnya agak tinggi bergantung pada tahap hero
2. Latih hero yang lain. Anda boleh melatih unit yang lain menjadi hero. Jika hero itu mati kemudian, anda boleh menghidupkan kembali hero pertama atau kedua. Anda boleh memiliki 3 hero dalam satu masa, dan anda hanya boleh memiliki satu hero pada sesuatu masa.

Oasis

Hero bukan hanya bagus untuk askar anda. Hero juga boleh menawan oasis, yang memberikan bonus sumber kepada kampung anda! Oasis sangat mudah dijumpai, kerana banyak petunjuk di dalam peta. 

Untuk mengubah nama hero, klik pada nama hero yang sedia ada

kredit: sanji 

Sunday, January 20, 2013

Bahayanya Spy



Mesti korang main travian, duduk dalam sesebuah persekutuan lepas tu musuh dapat tau siapa selalu online, berapa jumlah askar ahli persekutuan dan semua maklumat dapat diketahui musuh.

Siapa sebenarnya SPY ni?
Mereka berkemungkinan adalah pencacai musuh sesebuah persekutuan.
Mereka adalah mangsa kepada seseorang dan disuruh untuk jadi spy jika nak selamat.

SPY tidak bersalah dalam hal ini, kerana mereka adalah anjing yang tersepit. Nak mengamuk tak mampu, terpaksa buat baik agar terselamat.

ni salah satu maklumat spy aku dapat dari ally aku:




Dan inilah akibat dari hasil jualan maklumat oleh spy. (bahagian pembela sahaja). Yang hijau-hijau tu diorg hantar fake



Monday, January 14, 2013

Senarai Tugasan Travian 4.0 (Pemain Baru) Bah.4

Sambungan dari bahagian 3

Tugasan 24: Semuanya kepada 2!

„Sekarang saatnya meningkatkan kekuasaan dan kekayaan! Tahap 1 tidak lagi mencukupi... Ia mungkin akan memakan masa, tetapi amat berbaloi di penghujungnya. Tingkatkan semua lapangan sumber ke tahap 2.”

Arahan: Tingkatkan semua lapangan sumber ke tahap 2. 

Ganjaran: 15 

Tugasan 25. Kedutaan

„Dunia Travian amat berbahaya. Anda telah membina Gua untuk melindungi sumber dari penyerang. Persekutuan yang baik akan memberikan anda lebih pelindungan.
Untuk menerima Jemputan dari persekutuan. Bina Kedutaan.




Arahan: Bina Kedutaan. 

Ganjaran:  200  120  180  80



Tugasan 26: Persekutuan

„Kerja berpasukan amat penting dalam Travian. Para pemain akan bekerjasama dalam perikatan.
Dapatkan Jemputan dari Persekutuan di kawasan anda dan bergabunglah dengan Mereka. Atau anda boleh mengasaskan sendiri persekutuan.

Hint: Untuk mengasaskan Persekutuan, anda memerlukan kedutaan pada tahap 3 minimum.


Arahan: Sertai Persekutuan Atau Asaskan sendiri. 

Ganjaran setelah menyertai Persekutuan:  240  280  180  100


Tugasan 27: 10 Penjelajahan!

„Di Peta akan selalu kelihatan Penjelajahan baru. Kuasai 10 untuk menjadi pahlawan berpengalaman.
Apabila Penjelajahan berkembang, Ia akan menjadi semakin sukar. Ingatlah untuk menambah beberapa poin kekuatan pahlawan anda, Agar dia tidak mati dengan mudah. Semakin kuat pahlawan, Semakin lama dan banyak pengembaraan yang boleh dihadapi "”

Arahan: Bertahan 10 Penjelajahan.

Ganjaran: 500 (silver)


Tugasan 28: Bangunan Utama tahap 5.

„Untuk membolehkan anda membina Residen atau Istana, Anda memerlukan bangunan Utama tahap 5.”

Arahan: Tingkatkan Bangunan Utama Ke tahap 5. 

Ganjaran:  600  750  600  300


Tugasan 29: Jelapang tahap 3. 

„Tidak ingin kehilangan Tanaman? Anda perlu tingkatkan tahap Jelapang.”

Arahan: Tingkatkan Jelapang ke tahap 3. 

Ganjaran:  900  850  600  300


Tugasan 30: Gudang tahap 7. 

„Untuk memastikan Sumber anda tidak melimpah, Anda perlu tingkatkan tahap Gudang.”

Arahan: Tingkatkan Gudang ke tahap 7. 

Reward:  1800  2000  1650  800


Tugasan 31: Semua kepada 5. 

„Anda akan sentiasa memerlukan lebih banyak Sumber. Tapak sumber cukup mahal, Tetapi berbaloi untuk jangka masa panjang”

Arahan:Tingkatkan semua Lapangan Sumber ke tahap 5. 

Ganjaran:  1600  1800  1950  1200


Tugasan 32: Istana atau Residen? 

„Untuk mengasaskan kampung baru, Anda memerlukan Peneroka. Mereka boleh dilatih di Istana ataupun Residen.”

Arahan: Bina Istana atau Residen tahap 10. 

Hint: Tidak pasti mana yang harus dipilih?
Palace FAQ
Residance FAQ

Ganjaran:  3400  2800  3600  2200


Tugasan 33: 3 Peneroka. 

„Untuk mengasaskan kampung baru, Anda memerlukan Peneroka. Anda boleh melatih Peneroka di Istana 
ataupun Residen.”

Arahan: Latih 3 Peneroka. 

Ganjaran:  1050  800  900  750


Tugasan 34: Kampung baru. 

„ Di Peta, terdapat banyak lembah terbiar. Carilah satu yang sesuai untuk anda membuka kampung baru.”

Arahan: Membuka kampung Baru. 

Ganjaran:  1600  2000  1800  1300


Tugasan 35a: Berek ke Tahap 1(Ketenteraan)

„Sekarang masanya mendapatkan mesin Perang anda. Binakan Berek ke tahap 1 .”

Arahan: Binakan Berek. 
Ganjaran:  140  200  180  200


Tugasan 35b: Pasar ke tahap 1. (Ekonomi)

„Sekarang masanya meningkatkan Ekonomi. Binakan Pasar ke tahap 1.” 

Arahan: Binakan Pasar. 
Ganjaran:  140  200  180  200