Friday, May 31, 2013

Membuka kampung Zon Kelabu





__________________________________________________

Membuka kampung Zon Kelabu
__________________________________________________


Tidak semua pemain dapat membuka kampung di kawasan Zon Kelabu @ Natar. Hanya mereka yang benar-benar berani dan cukup bersedia sahaja dapat membuka dikawasan ini. Mereka ini akan melalui Ujian dan serangan getir dari pemilik Kawasan itu dan sekiranya berjaya, Mereka akan dibenarkan untuk tinggal disitu.


Persediaan Sebelum Mengasaskan kampung :

Terdapat banyak bangunan yang perlu dibina bagi menghadapi serangan Puak Natar. Bersedialah sumber yang banyak untuk dihantar ke kampung Baru anda.
Memiliki Pasar tahap tinggi mungkin dapat membantu anda. Lebih banyak sumber yang boleh dipindahkan adalah lebih baik.
Anda mungkin boleh meminta rakan persekutuan untuk menghantar bantuan sumber ke kampung anda setelah ianya diasaskan.
Memiliki Emas adalah satu kelebihan. Di dalam Travian 4, Emas amat mudah diperolehi. Anda boleh menjual barang yang dapati semasa pengembaraan. Setelah berjaya dijual, anda boleh menukarkan Perak kepada Emas.


Mengasaskan Kampung :

Setelah lokasi yang sesuai dikenal pasti, anda boleh mula menghantar Peneroka di Zon Kelabu untuk mengasaskan kampung baru. Sistem akan memberi Amaran tentang akibat sekiranya anda membuka kampung di situ, tetapi sekiranya anda cukup berani dan telah bersedia, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sebaik sahaja Peneroka anda mengasaskan kampung, Puak Natar akan mula menyerang kampung anda, dan serangan tersebut akan tiba dalam tempoh 24 Jam. Tidak kira di mana lokasi anda membuka kampung(Zon Kelabu) serangan Natar tetap akan tiba dalam tempoh 24 Jam.

Puak Natar akan melancarkan 14 Serangan ketas kampung anda. Dan setiap serangan diiringi Tarbil yang akan menyerang 2 bangunan serentak, Jadi mereka akan membuat 28 Sasaran Tarbil.

Butiran Serangan Puak Natar :



Misi anda untuk terus hidup di sana adalah untuk mempertahankan kampung supaya populasi penduduk tidak menjadi 0 akibat serangan Tarbil Mereka. Meletakkan askar pertahanan yang banyak bukanlah satu pilihan yang bijak disebabkan statistik kekuatan mereka telah ditingkatkan. Dan pastinya kampung anda yang masih baru itu sukar untuk menampung makanan askar Pertahanan yang banyak bagi menghadapi 14 Serangan Mereka. Dan serangan itu pula dalam tempoh 24 Jam!!.

Puak Natar akan membuat 28 Sasaran Tarbil, ini bermakna anda perlu membina sekurang-kurangnya 30 bangunan dalam tempoh 24jam untuk selamat dari serangan mereka.

Senarai bangunan yang di cadangkan :


Pasar
Gudang
Jelapang
berek
bangunan utama
Akademi
bengkel Fabrikasi
Kedutaan
Rumah Agam Wira
Residen (atau Istana)
Gua Tahap-10
8x Gua Tahap 1
18x Lapangan Sumber tahap 1
Kebanyakan mereka yang terselamat daripada serangan Natar adalah pengguna Emas, Anda memerlukan sekurang-kurangnya 40 Emas untuk menyiapkan bangunan dengan lebih cepat menggunakan Fungsi "siap Serta-Merta". Tetapi ianya tidak mustahil tanpa Emas sekiranya anda mempunyai sumber yang mencukupi dan anda mampu untuk sentiasa membina dalam tempoh 24 jam tersebut.




TAPI!! ada cara lain bagi mereka yang tidak mempunyai emas yang banyak atau cara lebih jimat yang selalu fazmys gunakan.


1. Pilih kampung yang memiliki oasis tinggi ... contohnya 15c dengan oasis 150%
2. Usahakan jarak pedagang kurang dari 10 jam ke kampung grey zone.pergi berperingkat
3. Asas je kampung tu, terus bangunkan gua hingga level 10 sebijik, kemudian bangunkan semua sumber, titik perhimpunan, dan gua masing2 level 1
4.Jangan lupa gudang dan jelapang level 1 agar tidak membazir sumber semasa sampai sumber dr kampung lama ... (jika perlu)
kiraan waktu pembuatan seluruh bangunan [15c] sahaja:
1 Gua level 10 = 7 jam 40 minit 20 saat
18 Gua level 1 = 5 minit x 18 = 1 jam 30 minit
1 balak = 4 minit 20 saat
1 Kuari Tanah Liat = 3 minit 40 saat
1 lombong besi = 7 minit 30 saat
15 ladang = 2 minit 30 saat x 15 = 37 minit 30 saat
1 titik perhimpunan = 33 minit 20 saat

jumlah masa pembangunan = 10 jam 6 minit 20 saat

Jumlah sumber
kayu 3640
tanah liat 4555
besi 3000
gandum 1100

.........................................................................................................................
bagi kampung 4-4-4-6


TOTAL time diperlukan 11:00:40
Jumlah Sumber: WOOD 3750 CLAY 4505 IRON 2910 CROP1450


Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Crop - level 1 > 0:02:30 70 90 70 20
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Clay Pit - level 1 > 0:03:40 80 40 80 50
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Lumber - level 1 > 0:04:20 40 100 50 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60
Iron Faun - level 1 > 0:07:30 100 80 30 60

Rally Point - level 1 > 0:33:20 110 160 90 70


Gua lvl 1 0:05:00 40 50 30 10
Gua lvl 2 0:10:50 50 65 40 15
Gua lvl 3 0:17:30 65 80 50 15
Gua lvl 4 0:25:20 85 105 65 20
Gua lvl 5 0:34:20 105 135 80 25
Gua lvl 6 0:44:50 135 170 105 35
Gua lvl 7 0:57:00 175 220 130 45
Gua lvl 8 1:11:10 225 280 170 55
Gua lvl 9 1:27:40 290 360 215 70
Gua lvl 10 1:46:40 370 460 275 90

Gua lvl 1 0:05:00 40 50 30 10 (x18)
Makna nya .. hanya SATU GUA level 10 dan 18 GUA level 1


Dan ini complete information untuk semua field :

Field :  Total Time    Woods Clay Iron Crop
4-4-4-6  11:00:40      3670 4405 2850 1430
4-5-3-6  10:56:50      3650 4365 2900 1420
4-3-5-6  11:04:30      3690 4445 2800 1440
3-4-5-6  11:03:50      3730 4385 2830 1430
3-5-4-6  11:00:00      3710 4345 2880 1420
5-4-3-6  10:57:30      3610 4425 2870 1430

Sunday, May 26, 2013

Zon Kelabu

__________________________________________________

Pengenalan Zon Kelabu
__________________________________________________

Disebabkan pelbagai pendapat dan cadangan yang diberikan oleh Pemain, Pihak Travian mengambil keputusan untuk melepaskan Puak Natar pada seawal Permainan bagi Travian Versi T4. Malah puak Natar juga diberikan kawasan Khas mereka iaitu di tengah-tengah peta(0|0) dan kawasan tersebut dipanggil Zon Kelabu.

*Contoh Sempadan Zon Kelabu(Natar) dan Zon Hijau(Pemain)

Fakta :
  • Terdapat 13 kampung Keajaiban Dunia bertaburan di zon kelabu sejak permulaan permainan. Ini adalah kampung-kampung yang boleh membina Keajaiban Dunia.
  • Tidak ada pemain yang akan berada disini(Ketika permainan bermula) Melainkan Puak Natar.
  • Menyerang kampung Natar di Zon Kelabu tidak akan menghilangkan "waktu perlindungan" anda.

Sebelum anda mengambil keputusan untuk membuka kampung di Zon Kelabu, mari kita lihat kelebihan dan kekurangan yang terdapat di situ.
__________________________________________________

Kelebihan Zon Kelabu
__________________________________________________

  • Semua oasis disitu memberikan bonus 50%, termasuk kayu, besi dan tanah liat!
  • Terdapat Banyak Lapangan tanaman 9c dan 15c boleh didapati di sini. dan oleh kerana semua Oasis disitu memberikan bonus 50%, mencari lapangan tanaman(9c/15c) dengan bonus 150% adalah mudah!
  • Membuka kampung di Zon Kelabu akan meletakkan anda di kedudukan tengah-tengah Peta. Kedudukan
    Ini boleh memudahkan anda untuk Merompak kampung2 berhampiran.
  • Kedudukkan di tengah Peta juga akan memudahkan anda untuk mengambil Artifak kerana Artifak
    Unik biasanya akan keluar di kawasan tengah Peta.

__________________________________________________

Kekurangan di Zon Kelabu
__________________________________________________

  • Anda mungkin tidak mahu untuk mempunyai lebih daripada 2-3 kampung di kawasan ini kerana Kampung yang dibuka di Zon Kelabu tidak akan memberikan sebarang Mata Budaya!!(Bersedia untuk menggunakan banyak Hasil seni). Cara paling berkesan sekiranya anda ingin membuka kampung disini adalah mencari Lapangan Cropper 9c/15c berhampiran dengan sempadanan Zon Kelabu dan Hijau. Anda boleh membuka beberapa kampung di Zon Hijau untuk membantu kampung Cropper anda yg berada didalam Zon Kelabu.
  • Berada ditengah-tengah Peta juga bermakna kampung anda pasti akan menarik perhatian ramai Pemain. Bersedialah untuk mempertahankannya! waktu didalam talian(online) yang lama mungkin diperlukan untuk menjaga akaun anda.
  • Sebaik sahaja anda membuka kampung di kawasan Zon Kelabu(Natar), Puak Natar akan melancarkan serangan Tarbil berterusan keatas kampung anda untuk mempertahanan kawasan Mereka.

kredit:travian forum

Friday, May 10, 2013

Strategi Bermain Travian Sebagai Puak Rom (UMUM)

Strategi Bermain Travian Sebagai Puak Rom







Mengapa pilih puak rom???

Puak Rom selalu dikatakan sebagai puak untuk pemain baru travian .Rom benar-benar mempunyai ciri-ciri yang lebih istimewa seperti pembinaan serentak bidang sumber dan bangunan. Rom menikmati kehebatan berkuasa infantri, infantri pertahanan, tarbil, dan senator. Rom mempunyai kekuatan tentera berkuda, , dan tarbil. Walau bagaimanapun, orang-orang Rom kekurangan dalam kelajuan, tentera yang sangat mahal bagi permulaan permainan, kadar penghasilan tentera per jam yang lambat dan pedagang yang membawa jumlah sumber yang sikit. Sudah tentu, tidak ada kaum adalah yang lebih baik, oleh itu jika anda bersedia untuk menerima kelemahan Rom untuk kebaikan mereka, maka orang-orang Rom adalah Puak untuk anda


So dah ade Puak bile nak mule???


Mase terbaik untuk mule bermain travian adalah PADA HARI KE 3,4 atau 5 SERVER.  MENGAPA??
sebabnye pada waktu itu kebanyakan pemain2 pro dah keluar daripada perlindungan pemain baru dan akan mule menyerang antara satu sama lain.anda pasti tidak mahu terperangkap di dalam peperangan antara pemain2 pro kan?


SO jom start main travian

1.Hari pertama

Hari pertama sudah bermula dan untuk 3 hari seterusnya anda mesti sentiasa online untuk uruskan akaun travian anda .hari pertama ikut sahaja arahan daripada pemberi tugasan dan mungkin lakukan beberapa pengembaraan untuk wira anda.itu saja untuk hari pertama.

2.Hari kedua

Pada tahap ini .anda sebagai pemain mungkin ada 3-5 askar biasa san seorang wira .hasil pendapatan dari lapangan sahaja tidak akan mencukupi jadi kite akan rompak untuk tambah pendapatan.TAPI JANGAN LANCARKAN SERANGAN TERHADAP KAMPUNG LAIN .INI AKAN MENYEBABKAN ANDA KEHILANGAN PERLINDUNGAN PEMAIN BARU.so nak serang sape??
Perhatikan di sekeliling kampung anda  perhatikan di oasis2 di sekeliling kampung anda.jika anda yang kosong dan tidak mempunyai askar alam .hantarkan askar anda ke sana mode serangan serbuan. Ini akan menambah pendapatan kampung anda hasil rompakan oasis.Teruskan rompakan oasis dan naikkan lapangan anda ke tahap 3 kesemuanya.

3.Hari ketiga

Pada hari ni anda sepatutnya mempunyai kesemua lapangan anda pada tahap 3 atau lebih .kalau boleh naikkan jumlah askar anda ke 10 orang.Pada penghujung hari ni anda akan kehilangan perlindungan pemain baru tapi disitulah keseronokan bermula .anda boleh menyerang kampung lain dan sedihnye mereka juga boleh menyerang anda.SO jikan anda diserang TOLONG NAIKKAN TAHAP GUA ANDA SUPAYA MEREKA TIDAK DAPAT MEROMPAK SUMBER ANDA.

Seminggu hingga 2 minggu Kemudian,

Pada tahap ni anda sepatutnye sudah mempunyai 50 orang askar dan lapangan tahap 5 kesemuanye kebanyakkan askar adalah untuk perlindungan dan merompak sahaja.jika anda sudah mencapai target diatas
teruskan usaha membina residen hingga tahap 10 dan latih peneroka .jikan anda mempunyai seorang rakan gaul dalam persekutuan anda hantar peneroka anda dalam mode serangan serbuan PASTIKAN RAKAN PUAK GAUL ANDA MEMPUNYAI PERANGKAP .dengan menghantar peneroka anda ke kampung dia ini akan menyebabkan peneroka anda terperangkap dalam perangkap dia dan berada dalam keadaan selamat.APABILA PENEROKA ANDA TERPERANGKAP DALAM PERANGKAP ,TIADA SERANGAN MUSUH BOLEH BUNUH PENEROKA ANDA JADI ANDA TIDAK AKAN KEHILANGAN PENEROKA ANDA YANG SANGAT2 MAHAL ITU.apabila dah cukup tiga orang peneroka anda boleh menghanter mereka ke satu kawasan kosong di peta dan mengasaskan kampung baru


DARI SINI ANDA SUDAH BERJAYA MENGASASKAN KAMPUNG KEDUA.TAHNIAH TAPI PERMAINAN TRAVIAN INI BELOM TAMAT LAGI.

teruskan membangun dia kampung pertama anda dan kampung kedua.membina lebih banyak kampung adalah penting untuk kekal maju dalam dunia permainan travian.

SEMOGA BERJAYA.