Sunday, July 07, 2013

Penggunaan askar-askar


Semua askar mempunyai nilai-nilai serangan dan pertahanan tersendiri. Mereka juga mempunyai kemampuan yang berbeza, dan cara penggunaan terbaik yang tersendiri.


Pertahanan

Sebilangan askar (Askar Legion, Pengawal Pertahanan - Askar Rom; Askar Lembing, Paladin - Askar Teuton; Falanks dan Panglima Druid - Askar Gaul) merupakan askar yang kuat dalam pertahanan. Mereka merupakan pertahanan terbaik bagi puak masing-masing. Ada pertahanan yang bagus terhadap infantri, ada pertahanan yang bagus terhadap askar berkuda. Gabungan kedua-duanya adalah yang terbaik.

Apabila diserang, semua askar yang berada di kampung tersebut akan membantu mempertahankan kampung dari diserang. Anda boleh membantu kampung lain (kampung anda atau ahli persekutuan anda) dengan menghantar askar sebagai bantuan di kampung mereka dan memastikan ia sampai sejurus sebelum askar serangan tiba. Mengumpulkan pertahanan terhadap serangan besar adalah cara terbaik untuk menyekat serangan tersebut, dengan kerugian pertahanan yang kurang.

Perisai unit boleh dipertingkatkan di Bengkel fabrikasi pada kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kebolehan bertahan mereka.


Penyerang

Sebilangan askar (Askar Empayar, Kesatria Empayar, Kesatria Jeneral - Askar Rom; Askar Belantan, Askar Kapak, Kesatria Teutonik - Askar Teuton; Askar Pedang, Panglima Halilintardan Haeduan - Askar Gaul) memiliki kekuatan serangan yang baik. Mereka cenderung kepada membuat kerosakan yang tinggi semasa menyerang, dibandingkan jika mereka diletakkan sebagai pertahanan semasa peperangan.

Senjata unit boleh diperbaik di Bengkel fabrikasi di kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kekuatan menyerang mereka.

Serangan terbahagi kepada 2 tujuan berbeza:
-Serbuan

Serbuan biasanya digunakan untuk merompak sumber pihak musuh. Penyerang membuat serangan pantas dan pergi sambil membawa sumber yang berjaya dirompak.

Rompakan juga boleh digunakan bagi tujuan memberi sedikit kerosakan kepada pertahanan musuh tanpa melibatkan kematian banyak/semua askar.

Unit penyerbu terbaik:
Gaul - Panglima Halilintar, kerana kelajuan mereka
Teuton - Paladin, kerana kapisiti tinggi yang boleh dibawa mereka
Rom - Kesatria Empayar, kerana kapisiti tinggi yang boleh dibawa mereka

Askar Belantan sering dilihat sebagai perompak terbaik kerana kos latihan yang murah yang membolehkan mereka membayar balik kos latihan dengan cepat. Digabungkan dengan kekuatan serangan mereka, mereka juga bagus untuk membunuh askar pertahanan selain merompak.

Meskipun Paladin bukan unit serangan, keupayaan mereka untuk merampas sumber-sumber setanding dengan kelajuan Panglima Halilintar, dan sebagai askar berkuda, ia boleh digunakan di peringkat awal permainan bagi membunuh Askar Belantan yang lemah terhadap askar berkuda.


-Serangan normal

Serangan Normal (bukan Serbuan) juga boleh digunakan untuk merampas sumber-sumber, tetapi jika terdapat pertahanan di dalam kampung tersebut, kerugian besar pada kedua-dua belah pihak boleh dijangkakan.

Serangan normal
adalah pertempuran sehingga satu pihak kalah (salah satu pihak mati semua askar).
boleh membebaskan askar sahabat yang terperangkap (sekurang-kurangnya 1 unit hidup)
boleh memusnahkan tembok dan/atau bangunan (dengan kereta pelantak dan/atau tarbil)
boleh menurunkan kesetiaan kampung dan menawannya (dengan menggunakan pentadbir)

Tembok memberi bonus pertahanan yang baik. Menggunakan kereta pelantak untuk menyerang boleh merosakkan tembok dan merendahkan kekuatan pertahanan semasa serangan dan seterusnya meningkat peluang kejayaan kepada penyerang. Lebih banyak kereta pelantak, lebih cepat tembok dimusnahkan.

-Pengintipan

Pengintip (Rom: Kesatria diplomatik, Teuton: Peninjau, Gaul: Penjelajah) boleh digunakan untuk mengintip musuh serta mempertahankan kampung dari pengintipan.

Pengintip dihantar untuk meninjau kampung musuh dan cuba untuk mendapat informasi tentang:
Unit pertahanan dan sumber
Unit pertahanan dan bangunan pertahanan (tahap tembok dan residen/istana)

Jika kampung yang hendak diserang mempunyai pengintip di dalam kampung, sebilangan/semua pengintip penyerang akan mati dan kampung pertahanan akan tahu yang kampungnya cuba ditinjau. Sekurang-kurangnya satu pengintip perlu berjaya pulang untuk membolehkan penyerang mendapat maklumat tentang kampung yang diintip.

Untuk mengesan pengintipan di kampung anda, adalah dinasihatkan mempunyai sekurang-kurangnya (5-30) pengintip di setiap kampung. Anda juga digalakkan untuk meletakkan lebih pengintip di sesetengah tempat (i.e ibu kota, kampung askar serangan). Anda pasti tidak mahu musuh mendapat maklumat askar/pertahanan anda di dalam kampung.

0 comments:

Post a Comment