Thursday, March 14, 2013

Menjajah/Menyerang Oasis



Pada peringkat permulaan permainan, Oasis di miliki oleh askar alam. Oasis boleh diserbu. Anda memerlukan bala tentera yang besar untuk menyerbu oasis dan mendapatkan hasil dari serbuan tersebut. Askar alam di oasis membiak dan bertambah dari masa ke semasa. Lebih sedikit bilangan haiwan liar di oasis, lebih cepat mereka membiak. Oasis boleh memberikan anda sumber jika diserbu dengan beberapa ratus tentera dan wira. Anda boleh melihat jenis dan jumlah Askar alam di Oasis tanpa perlu menghantar peninjau dengan hanya klik pada peta.


Terdapat 2 jenis oasis bagi setiap jenis sumber. Jenis 1 hanya memberikan bonus 1 sumber sahaja. Jenis yang lain memberikan bonus tanaman bersama. Apabila anda menjajah oasis, ia akan memberikan bonus terhadap produksi anda kepada kampung yang menjajah sahaja! Pertambahan bonus ini hanya melibatkan jumlah produksi sebenar setiap jam sahaja dan bukan produksi semasa.


Menjajah Oasis

Anda boleh menjajah oasis dengan menggunakan wira, apabila anda menyerang oasis berulang kali dengan menggunakan wira. Oasis tersebut akan di jadikan sebahagian dari kampung anda dari mana wira melakukan serangan. Oasis mestilah terletak di Peta Kecil sekitar kampung anda (Ditengah - tengah adalah kampung anda!) sebelum boleh dijajah. Atau dengan kata lain, Ianya mestilah terletak dalam jarak 3 petak dari kampung yang ingin menjajah. Anda juga memerlukan rumah agam wira pada tahap 10 untuk 1 oasis, 15 untuk oasis kedua dan tahap 20 untuk menjajah oasis ke 3.

Contoh dibawah menunjukkan "kampung anda" ditanda hitam dan secara teorinya oasis yang boleh dijajah ditanda merah. Perunjuk: Anda hanya boleh menjajah 3 oasis sahaja untuk sesebuah kampung.





Menjajah/Menyerang Oasis Berpenduduk

Untuk menjajah oasis pemain lain, anda perlu memusnahkan pertahanan yang ada dan menyerang dengan menggunakan wira sama ada sekali atau berkali - kali. Jika pemain yang diserang itu mempunyai 3 oasis, anda hanya perlu menyerang sekali sahaja dengan menggunakan wira anda. Jika pemain terbabit mempunyai 2 oasis, anda perlu menyerang sebanyak 2 kali dan jika pemain terbabit hanya mempunyai 1 oasis, 3 atau lebih serangan diperlukan untuk menjadikan oasis terbabit milik anda.

Petunjuk: wira tidak akan hilang selepas menjajah mana - mana oasis seperti Pentadbir (Penghulu/Senator atau Pemimpim) menjajah kampung pemain lain.
Menyerbu oasis akan memberikan kesan sama seperti menyerbu kampung yang memiliki oasis terbabit dan menyebabkan kampung terbabit kehilangan 10% sumbernya di setiap serangan di setiap 10 minit. Sumber pemain yang memiliki oasis akan bertambah semula dalam tempoh 10 minit dan jika anda menyerang semula kampung terbabit selepas 7 minit pertama serangan, ia hanya akan memberikan anda 7% dari sumber pemain tersebut..

Untuk mempertahankan oasis anda dari serbuan atau serangan pemain lain, anda perlu menghantar bantuan ketenteraan yang boleh dihantar melalui titik perhimpunan dan senggaraan makanan akan ditolak dari kampung yang memiliki oasis terbabit..


0 comments:

Post a Comment